Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Korea S diheret kembali ke mahkamah untuk kes pemecatan

Feb 13, 2025 | 3:21 PM
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri perbicaraan kelapan kes pemecatannya di Mahkamah Perlembagaan di Seoul pada 13 Februari.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol menghadiri perbicaraan kelapan kes pemecatannya di Mahkamah Perlembagaan di Seoul pada 13 Februari. - Foto AFP

SEOUL: Presiden Korea Selatan yang digulingkan Yoon Seok Yeol berdepan kemungkinan perbicaraan pemecatan terakhirnya pada 13 Februari berhubung pelaksanaan undang-undang tentera yang gagal.

Mantan pendakwa raya itu tetap menunjukkan sikap menentang sepanjang minggu perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan Seoul, menyalahkan pembangkang yang “berniat jahat” atas tindakannya pada Disember untuk menggantung pemerintahan awam.

Percubaan itu hanya berlangsung enam jam apabila parlimen pimpinan pembangkang mengundi dekrinya itu, kemudian menuduhnya atas percubaan untuk mengenakan undang-undang tentera.

Encik Yoon telah ditahan pada Januari atas tuduhan melakukan pemberontakan, menjadi ketua negara Korea Selatan yang pertama ditahan.

Perbicaraan pada 13 Februari itu ditetapkan untuk mendengar keterangan daripada bekas ketua perkhidmatan perisikan Korea Selatan dan salah seorang ketua Komando Pertahanan Ibu Kota Seoul, unit tentera yang dihantar ke parlimen semasa percubaan melaksanakan undang-undang tentera yang dilaksanakan hanya selama enam jam itu.

Ia dijangka secara meluas - tetapi tidak disahkan secara rasmi - menjadi perbicaraan terakhir Encik Yoon sebelum hakim mahkamah memutuskan sama ada untuk mengekalkan pemecatan beliau atau sebaliknya.

Peguam yang mendakwa kes itu berkata pada 13 Februari bahawa “masanya sudah tiba untuk penilaian perlembagaan”, sambil menambah mereka akan “dengan rendah hati menunggu keputusan perbicaraan pendakwaan”.

‘Keputusan sebulat suara’ dijangka dibuat di akhir perbicaraan tersebut kelak.

Proses itu boleh mengambil masa lebih seminggu hingga dua minggu - presiden yang sebelum ini dipecat Encik Park Geun-hye dan Roh Moo-hyun masing-masing terpaksa menunggu 11 dan 14 hari, untuk mengetahui nasib mereka.

“Ramai sarjana undang-undang dan pakar bersetuju bahawa keputusan sebulat suara yang memihak kepada pendakwaan akan dibuat oleh hakim Mahkamah Perlembagaan,” kata Encik Kim Hyun-jung, seorang penyelidik di Institut Undang-undang Universiti Korea.

Tetapi pakar juga memberi amaran bahawa perbalahan politik boleh menahan perbicaraan - penyokong konservatif terkemuka Encik Yoon telah meminta lebih banyak perbicaraan diadakan. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg