Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Korea S dilarang keluar negara

Dec 9, 2024 | 5:03 PM
Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, yang mengisytiharkan undang-undang tentera sebelum menarik balik arahan itu beberapa jam kemudian, di hadapan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, Korea Selatan, 9 Disember.
Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, yang mengisytiharkan undang-undang tentera sebelum menarik balik arahan itu beberapa jam kemudian, di hadapan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, Korea Selatan, 9 Disember. - Foto REUTERS

SEOUL: Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk Yeol, sedang berdepan tekanan politik dan undang-undang semakin meningkat selepas beliau dilarang meninggalkan negara itu oleh Kementerian Kehakiman pada 9 Disember.

Ia susulan tindakannya mengisytiharkan undang-undang tentera yang mencetuskan kekecohan di negara itu pada 3 Disember.

“Benar, Presiden Yoon dilarang meninggalkan negara,” kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Imigresen, Encik Bae Sang-up, ketika disoal dalam satu sesi Parlimen pada 9 Disember.

Beberapa tokoh utama lain yang terlibat dalam operasi undang-undang darurat itu turut dikenakan larangan perjalanan.

Mereka termasuk mantan menteri pertahanan Kim Yong-hyun, yang kini dalam tahanan, dan mantan menteri dalam Negeri Lee Sang-min.

Jeneral Park An-su, pegawai bertanggungjawab terhadap operasi darurat, turut dipanggil bagi siasatan lanjut.

Usaha memecat Encik Yoon melalui undian pemecatan pada 7 Disember gagal selepas ahli Parlimen parti pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP), bertindak keluar dewan, sekali gus tidak mencukupkan majoriti dua pertiga yang diperlukan.

Bagaimanapun, Enci Yoon dikatakan bersetuju menyerahkan kuasa kepada Perdana Menteri dan ketua parti PPP sebagai pertukaran untuk terus kekal dalam jawatan presiden. Namun, tindakan itu mencetuskan kritikan hebat.

“Ini adalah tindakan yang melanggar perlembagaan dan menyerupai rampasan kuasa lembut,” kata Encik Kim Hae-won, Profesor Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Pusan.

Pemimpin pembangkang Parti Demokratik, Encik Park Chan-dae, mengecam langkah itu sebagai “tidak sah dan tidak berperlembagaan”.

Encik Yoon menghantar pasukan khas dan helikopter ke Parlimen pada 3 Disember untuk menguatkuasakan perintah darurat.

Bagaimanapun, ahli Parlimen dengan pantas menolak dekri tersebut, memaksanya menarik balik arahan itu dalam beberapa jam sahaja.

Bantahan besar-besaran terus berlaku di sekitar Bangunan Perhimpunan Kebangsaan di Seoul, dengan rakyat menuntut peletakan jawatan Encik Yoon.

“Rakyat mahu keadilan dan pemulihan demokrasi,” kata Encik Lee Jae-myung, seorang pemimpin pembangkang.

Penilaian populariti Encik Yoon kini berada pada tahap terendah dalam sejarah, hanya 11 peratus, menurut kaji selidik terbaru Gallup.

Tekanan terhadap Encik Yoon turut datang daripada peringkat antarabangsa.

Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, menghubungi rakan sejawatannya di Korea Selatan dan menegaskan harapan agar proses demokrasi dikekalkan.

Setiausaha Pertahanan Aamerika, Encik Lloyd Austin, membatalkan lawatannya ke Korea Selatan sebagai tanda kebimbangan terhadap situasi di negara itu.

Menteri Luar Korea Selatan, Encik Cho Tae-yul, meluahkan rasa kecewa dengan keadaan di negara itu.

“Ini saat sukar, terutama ketika ancaman keselamatan semakin meningkat,” katanya.

Encik Yoon telah meminta maaf kepada rakyat atas “kegelisahan dan ketidakselesaan” yang timbul akibat pengisytiharan darurat, namun tetap enggan meletak jawatan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg