Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Pakistan enggan tanda tangani rang undang-undang baru libatkan keselamatan negara

Aug 21, 2023 | 1:45 PM
NAFI TINDAKAN: Presiden Pakistan Arif Alvi enggan tanda tangani rang undang-undang keselamatan negara yang baru.
NAFI TINDAKAN: Presiden Pakistan Arif Alvi enggan tanda tangani rang undang-undang keselamatan negara yang baru. - Foto REUTERS

ISLAMABAD: Presiden Pakistan Encik Arif Alvi enggan menandatangani dua rang undang-undang yang akan memberi pihak berkuasa lebih kuasa untuk mendakwa orang ramai atas tindakan terhadap keselamatan negara dan tentera - langkah yang menurut kementerian undang-undang sebagai tidak berperlembagaan.

Rang undang-undang itu telah pun diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen Pakistan, tetapi Encik Alvi adalah anggota parti Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan pimpinan bekas Perdana Menteri Imran Khan, yang menentang pemerintah campuran yang meluluskan dua rang undang-undang itu.

“Oleh kerana Tuhan adalah saksi saya, saya tidak menandatangani Rang Undang-undang Pindaan Rahsia Rasmi 2023 dan Rang Undang-undang Pindaan Tentera Pakistan 2023 kerana saya tidak bersetuju dengan undang-undang ini,” tulis Encik Alvi menerusi X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter.

Beliau mendakwa telah mendapat pengesahan bahawa kedua-dua rang tersebut telah disahkan.

“Bagaimanapun saya dapati hari ini bahawa kakitangan saya telah melanggar kehendak dan perintah saya … Saya memohon ampun kepada mereka yang akan terjejas,” ujarnya.

Kementerian Undang-undang dan Keadilan berkata bahawa keputusan Encik Alvi adalah sesuatu yang “membimbangkan”.

“Presiden mempunyai dua pilihan: sama ada memberi persetujuan atau merujuk perkara itu kepada Parlimen dengan pemerhatian khusus,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan, sambil menambah Encik Alvi telah tidak memilih salah satu pilihan tersebut.

Tindakan sedemikian adalah bercanggah dengan akta dan semangat perlembagaan, kata kementerian tersebut.

Menurut perlembagaan Pakistan, jika presiden tidak menandatangani draf rang undang-undang atau mengembalikannya semula dengan pemerhatian atau bantahannya dalam tempoh 10 hari selepas ia telah melalui dua dewan, ia akan menjadi akta.

“Memandangkan presiden tidak menandatangani dan mengembalikan rang undang-undang itu dalam tempoh 10 hari, ia menjadi akta,” kata Menteri Undang-undang sementara Encik Ahmad Irfan Aslam dalam satu sidang akhbar.

Komen Encik Alvi dibuat sehari selepas Encik Shah Mehmood Qureshi, bekas menteri luar Pakistan dan pembantu rapat Encik Imran Khan, ditahan selepas pegawai menuduhnya menyalahgunakan kabel diplomatik untuk kepentingan politik. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg