Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Presiden Taiwan letak jawatan dek parti tewas dalam pilihan raya

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



TAIPEI: PRESIDEN Taiwan, Cik Tsai Ing-Wen, meletak jawatan sebagai ketua Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah berikutan kekalahan pada pilihan raya tempatan kelmarin.



Pengundi memilih Parti Nasionalis pembangkang dalam beberapa pilihan raya utama di seluruh Taiwan.



Kebimbangan mengenai ancaman daripada saingan China mendominasi dalam pilihan raya itu berbanding isu tempatan.



Cik Tsai telah bercakap banyak kali tentang "menentang China dan mempertahankan Taiwan" semasa berkempen untuk partinya.



Tetapi calon parti itu, Chen Shih-Chung, yang tewas dalam perebutan jawatan Datuk Bandar Taipei, hanya membangkitkan isu ancaman Parti Komunis China beberapa kali sebelum beralih semula kepada isu tempatan kerana terdapat minat yang tidak banyak.



Calon Parti Kuomintang, Encik Chiang Wan-an, memenangi kerusi Datuk Bandar di Taipei dengan calon parti itu juga menang di di Taoyuan, Taichung dan bandar New Taipei.



Warga Taiwan memilih datuk bandar, anggota Majlis Bandar Raya dan pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan di sembilan bandar.



Perhatian kini beralih kepada pilihan raya presiden Taiwan yang akan datang pada 2024 selepas DPP yang memerintah kalah teruk pada pilihan raya tempatan itu.



Tindakan Cik Tsai yang memberi tumpuan kepada China ternyata tidak diterima baik oleh pengundi, meskipun negara komunis itu merancakkan kegiatan tentera dalam usaha menuntut Taiwan sebagai wilayahnya.



Parti pembangkang utama Kuomintang atau KMT, meraih kemenangan dalam pilihan raya datuk bandar dan daerah, memenangi 13 daripada 21 kerusi dipertandingkan, termasuk di ibu kota Taipei, seperti yang dijangka.



KMT secara tradisinya rapat dengan China tetapi menafikan sekeras-kerasnya sebagai pro-Beijing dan ketinggalan sejak kekalahan pilihan raya presiden 2020.



Mereka juga menerima tamparan hebat pada Disember lalu apabila empat referendum yang diperjuangkan sebagai usul undi tidak percaya terhadap pemerintah, menemui kegagalan.



Peratusan keluar mengundi kelmarin berada pada rekod terendah, hanya 59 peratus untuk enam bandar terpenting di Taiwan, berbanding angka keseluruhan sekitar 75 peratus pada 2020. - Reuters, agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >