Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SIDANG PUNCAK LIGA ARAB

Presiden Ukraine lawat Saudi, cari sokongan Liga Arab bagi rakyat

May 21, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, menghadiri satu sidang puncak Liga Arab di Arab Saudi pada Jumaat untuk mendapatkan sokongan bagi rakyatnya.



Ini sedang Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, menyatakan kesediaannya menjadi pengantara dalam perang antara Moscow dengan Kyiv.



Pada perhimpunan di Jeddah itu, pemimpin Arab dengan mesra menyambut kembali ke pangkuan mereka Presiden Syria, Encik Bashar al-Assad, yang menerima sokongan padu daripada Russia dalam perang saudara negaranya, menyusuli pengasingan selama sedekad.



"Kami mengesahkan kesediaan kerajaan ini meneruskan usaha pengantara antara Russia dan Ukraine, dan menyokong semua usaha antarabangsa yang bertujuan menyelesaikan krisis secara politik dengan cara yang menyumbang kepada mencapai keselamatan," kata Putera Mahkota itu dalam ucapan perasmiannya.



Putera Mohammed pernah menjadi orang tengah dalam konflik sebelum ini.



Presiden Zelensky, yang juga dijadual menghadiri sidang puncak pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) di bandar Hiroshima, Jepun, hujung minggu ini, mengucapkan terima kasih kepada Arab Saudi atas bantuan masa lalunya dan berkata perwakilan ke sidang puncak Liga Arab itu menerima teks rancangan damai 10 perkaranya.



Beliau meminta mereka bekerja dengan Ukraine secara langsung tanpa perantara.



Negara-negara Teluk cuba kekal berkecuali dalam konflik Ukraine walaupun ada tekanan Barat terhadap pengeluar minyak Teluk supaya membantu mengasingkan Russia, sebuah anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (Opec)+.



Dalam ucapannya di sidang puncak itu, Encik Zelensky berkata beberapa negara, termasuk ahli Liga Arab, lebih suka "membutakan mata" terhadap tindakan haram Russian mengambil hak tanah Ukraine dan memenjarakan beberapa rakyat negara itu semasa perang 15 bulan itu.



"Saya yakin kita semua boleh bersatu dalam menyelamatkan orang daripada sangkar penjara Russia," katanya.



Tahun lalu, dalam satu kejayaan diplomatik, Putera Mohammed memperoleh pembebasan 10 warga asing yang ditangkap oleh Russia di Ukraine. Langkah itu nampaknya dimungkinkan oleh hubungan rapatnya dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



"Kerajaan Arab Saudi memainkan peranan penting dan kami bersedia membawa kerjasama kami ke tahap baru," tulis Encik Zelensky di Twitter sejurus selepas tiba di Jeddah.



Arab Saudi berdepan kritikan hebat daripada Amerika Syarikat berhubung keputusan OPEC+ mengurangkan pengeluaran minyak, yang dilihat sebagai membantu Russia mengisi semula dananya dengan menaikkan harga.



Walaupun keputusan Oktober itu pada mulanya mengundang kemarahan Amerika dan negara Barat lain, dinamik pasaran sejak itu telah menunjukkan pemotongan tersebut berhemat.



Pada masa perang Russia ke atas Ukraine menggegarkan pasaran tenaga global, peranan Arab Saudi sebagai pengeksport minyak terbesar dunia semakin penting kepada kedua-duanya, Washington dan Moscow. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >