Program makanan percuma Prabowo cecah Rp 36.6 trilion, libatkan 60j penerima

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program makanan percuma Prabowo cecah Rp 36.6 trilion, libatkan 60j penerima

Feb 25, 2026 | 1:31 PM

Program makanan percuma Prabowo cecah Rp 36.6 trilion, libatkan 60j penerima

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
program makanan percuma, prabowo, mbg
Para pelajar membaca doa sebelum menjamu makanan di bawah Program Makanan Bergizi Percuma yang kini menelan belanja 36.6 trilion rupiah (S$2.75 bilion) - Foto: AFP

JAKARTA:Program Makanan Bergizi Percuma (MBG) Presiden Prabowo Subianto menyerap 36.6 trilion rupiah (S$2.75 bilion) daripada belanjawan negara 2026 apabila bilangan penerima meningkat lebih 60 juta, kata Kementerian Kewangan

Timbalan Menteri Kewangan, Encik Suahasil Nazara, berkata bilangan penerima manfaat terus meningkat dengan ketara.

“Ini adalah angka terkini setakat 21 Februari 2026. Pada akhir tahun 2025 terdapat 53.8 juta penerima manfaat, dan kini ia telah mencapai 60.24 juta,” katanya pada sidang akhbar di Jakarta pada 23 Februari.

Pemerintah menyasarkan untuk menjangkau 82 juta penerima manfaat, terutamanya pelajar dan ibu mengandung.

Program MBG sedang dilaksanakan di seluruh kepulauan menerusi 23,678 dapur yang dipanggil SPPG atau Satuan Pelayanan Pemenuhan Gizi.

Di peringkat serantau, bilangan penerima manfaat terbesar adalah di Sumatera, dengan 12.3 juta penerima, diikuti Sulawesi dengan 4.4 juta.

Menurut Sekretariat Negara, program ini disasarkan untuk menjangkau 82 juta penerima manfaat di seluruh negara.

Kenaikan kos MBG telah menyumbang kepada perbelanjaan negara yang lebih kukuh pada awal 2026, mengukuhkan peranan belanjawan sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi.

Perbelanjaan kementerian dan agensi melonjak 128.9 peratus kepada 55.8 trilion rupiah, bersamaan dengan 3.7 peratus daripada sasaran belanjawan negara sepanjang tahun.

Agensi Pemakanan Kebangsaan (BGN), yang bertanggungjawab ke atas program ini, telah mengagihkan 32.1 trilion rupiahuntuk program MBG pada awal tahun 2026.

Sementara itu, perbelanjaan bukan kementerian/agensi mencecah 76.1 trilion rupiah, menjadikan jumlah perbelanjaan pemerintah pusat kepada 131.9 trilion rupiah - meningkat 53.3 peratus daripada tempoh sebelumnya.

Peningkatan ini mencerminkan pelaksanaan program keutamaan yang lebih pantas, termasuk bantuan sosial dan perbelanjaan perkhidmatan awam.

Pemindahan kepada pemerintah wilayah berjumlah 95.3 trilion rupiah, mengukuhkan kapasiti fiskal tempatan untuk menyokong pembangunan dan perkhidmatan awam.

Hasilnya, jumlah perbelanjaan negara mencecah 227.3 trilionsrupiah etakat 31 Januari.

Media sebelum ini melaporkan bahawa keputusan pemerintah untuk meneruskan program MBG semasa Ramadan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat, khususnya berhubung soal kos dan aspek keselamatan makanan.

Namun, pihak berkuasa menegaskan bahawa penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan pelaksanaannya lebih teratur dan memenuhi keperluan pelajar yang berpuasa.

Program itu sebelum ini menerima kritikan susulan beberapa laporan keracunan makanan di sekolah-sekolah. Namun, pemerintah mengesahkan bahawa inisiatif tersebut akan diteruskan sepanjang Ramadan dengan penyesuaian menu dan masa pengagihan supaya selaras dengan keperluan pelajar Muslim. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg