Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan maut dalam letupan di masjid Pakistan

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 120 cedera dalam satu letupan di sebuah masjid di ibu pejabat polis di Pakistan hari ini, kata seorang pegawai kerajaan tempatan.



"Saya berada di sini, di tempat kejadian dan kerja menyelamat sedang dijalankan," kata Timbalan Pesuruhjaya bandar Peshawar Shafiullah Khan.



"Lebih banyak mayat sedang dibawa keluar. Pada masa ini keutamaan kami ialah menyelamatkan orang yang tertimbus di bawah runtuhan."



Seorang pegawai berkata kebanyakan mangsa adalah pegawai polis dan hingga kini tiada pihak mengaku terbabit dalam pengeboman itu.



Seorang pegawai polis tempatan, Encik Zafar Khan berkata anggota penyelamat sedang berusaha membawa mangsa yang cedera ke hospital berdekatan, dan beliau mendakwa insiden itu bak pengeboman berani mati, namun siasatan sedang dilakukan.



Encik Shafiullah berkata terdapat juga mangsa yang sedang kritikal dan sudah dibawa ke hospital, dan ada kemungkinan jumlah kematian akan meningkat.



Pihaknya mengesyaki serangan itu dilakukan oleh Taliban Pakistan berikutan sebelum ini terdapat kejadian serupa di negara itu.



Taliban Pakistan, yang dikenali sebagai Tehreek-e-Taliban Pakistan, atau TTP, adalah kumpulan berlainan daripada Taliban, namun kedua-duanya sekutu rapat Taliban Afghanistan.



Pemberontakan di Pakistan sudah dilancarkan oleh TTP sejak 15 tahun lalu, yang memperjuangkan penguatkuasaan undang-undang Islam lebih ketat di negara itu, pembebasan anggota mereka yang berada dalam tahanan kerajaan dan pengurangan kehadiran tentera Pakistan di kawasan bekas suku kaum di negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >