Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Puluhan mayat tidak dikenali di dua hospital di Gaza

Nov 23, 2023 | 04:00 PM



KHAN YUNIS: Mayat berpuluh-puluh orang yang tidak dikenali, dikebumikan pada Rabu lalu dalam sebuah kubur besar di tanah perkuburan di Khan Yunis, di selatan Jaluran Gaza.


Berbalut kain terpal biru, mayat diturunkan dengan sebahagian daripadanya masih berdarah, ke dalam lubang berpasir yang secara beransur-ansur dibesarkan oleh penggali. Ada di antara mayat itu sebesar kanak-kanak.

Jenazah, yang hanya mempunyai nombor, datang dari hospital Indonesia dan Al-Shifa di utara Jaluran Gaza, menurut ahli jawatankuasa di tapak pengebumian itu.

Hospital Indonesia di pinggir kem pelarian Jabalia, yang telah dilanda serangan udara Israel, sebahagiannya dipindahkan pada Isnin, kata Encik Ashraf al-Qudra, jurucakap kementerian kesihatan, yang dikawal kumpulan Hamas.

“Terdapat mayat di mana-mana. Jika saya tidak melihatnya dengan mata kepala saya sendiri, saya tidak akan percaya,” kata Cik Umm Mohammed al-Ran, seorang wanita yang dipindahkan dari hospital Indonesia ke arah Rafah di selatan.

“Orang yang cedera, mati di hadapan kami ketika mereka masih berlumuran darah,” katanya kepada AFP.


“Bau mayat terhidu di mana-mana di hospital. Mereka yang cedera menangis meminta ubat penahan sakit, tetapi doktor tidak mempunyai apa-apa untuk memberinya.”

Beliau mengangkat telefonnya untuk menunjukkan video yang diambilnya. Ia menunjukkan ulat merayap dari luka pada kaki pesakit.

Keadaan yang sama berlaku di hospital Al-Shifa di Bandar Gaza, yang terbesar di wilayah itu.

Pada 14 November, pengarah hospital itu, Encik Mohammad Abu Salmiya, berkata 179 mayat telah dikebumikan dalam kubur besar di dalam kompleks itu.

Antaranya ialah tujuh bayi pramatang, yang meninggal dunia kerana tiada bekalan elektrik untuk menghidupkan inkubator mereka.

Mayat yang tiba di Khan Yunis pada Rabu akan “ditahan” oleh Israel sebelum dibebaskan selepas disaksikan oleh perwakilan dari “negara ketiga dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)”, menurut jawatankuasa kecemasan di Kementerian Ehwal Agama.

Encik Khalil Siam, pengarah sebuah syarikat pengangkutan, memberitahu AFP bahawa mayat telah tiba malam sebelumnya, dan tidak diketahui “sama ada ia reput atau tidak”.


AFP menghubungi tentera Israel dan beberapa agensi PBB yang beroperasi di Gaza, tetapi tiada jawapan diterima lewat Rabu.


Terdapat beribu-ribu orang mati di Jaluran Gaza dan masalah pengebumian telah mengejutkan ramai penduduk Gaza.

Sejak perang bermula, mereka yang terbunuh, telah dikebumikan dengan tergesa-gesa di kawasan tanah persendirian dan juga padang bola sepak, apabila tanah perkuburan penuh atau tidak dapat diakses kerana pertempuran.

Seminggu selepas perang bermula, Encik Philippe Lazzarini, ketua Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat PBB (UNRWA) untuk pelarian Palestin, berkata terdapat kekurangan beg mayat.

“Setiap cerita yang keluar dari Gaza adalah mengenai kelangsungan hidup, putus asa dan kehilangan,” katanya. –Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >