Topik diikuti
Pergi ke BHkuPutin meterai perjanjian baru, perkukuh hubungan dengan Beijing
Putin meterai perjanjian baru, perkukuh hubungan dengan Beijing
Nada hubungan Beijing-Moscow dilihat jauh lebih mesra dan rapat, berbeza lawatan Trump
May 21, 2026 | 2:48 PM
Putin meterai perjanjian baru, perkukuh hubungan dengan Beijing
Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dan Presiden China, Encik Xi Jinping, melawat pameran foto oleh agensi berita TASS dan Xinhua di Dewan Besar Rakyat Beijing pada 20 Mei 2026. - Foto REUTERS
BEIJING: Presiden China, Encik Xi Jinping, dan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menegaskan hubungan erat antara kedua-dua negara kekal “tidak tergugat” ketika mereka bertemu di Beijing, hanya beberapa hari selepas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengadakan lawatan ke China.
Pertemuan itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana China dan Russia semakin memperkukuh kerjasama strategik mereka di tengah-tengah ketegangan geopolitik sejagat, termasuk perang di Ukraine dan konflik Iran di Asia Barat.
Laporan berkaitan
Xi bakal temu Putin untuk diplomasi teh di Beijing susulan lawatan TrumpMay 20, 2026 | 1:26 PM
Trump, Xi akhiri sidang puncak dengan tumpuan kepada kestabilanMay 15, 2026 | 3:16 PM
