Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin: Perang di Ukraine mungkin berlarutan

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata kelmarin bahawa tenteranya boleh bertempur di Ukraine untuk tempoh masa yang lama, tetapi beliau melihat "tidak masuk akal" dalam menggerakkan askar tambahan pada ketika ini.



"Bagi tempoh operasi ketenteraan khas, sudah tentu ini boleh menjadi proses yang panjang," kata Encik Putin, menggunakan istilah pilihannya untuk pencerobohan Russia ke atas Ukraine sejak Februari lalu.



Dalam mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia yang disiarkan di televisyen yang memberi fokus kepada perang, Encik Putin berkata rakyat Russia akan "mempertahankan diri kami dengan apa jua cara yang kami boleh gunakan".



Beliau juga menegaskan bahawa Russia dilihat di Barat sebagai "negara kelas kedua yang tidak mempunyai hak untuk wujud langsung".



Risiko perang nuklear, katanya, semakin meningkat - yang terbaru dalam siri amaran sedemikian - tetapi Russia melihat senjatanya sebagai cara membalas dendam, bukan untuk menyerang terlebih dahulu.



Encik Putin menambah bahawa tidak ada sebab untuk mobilisasi kedua pada ketika ini, selepas beliau memanggil sekurang-kurangnya 300,000 askar simpanan pada September dan Oktober lalu.



Encik Putin berkata 150,000 tentera ini ditempatkan di Ukraine - 77,000 dalam unit tempur dan yang lain dalam fungsi pertahanan. Baki 150,000 masih berada di pusat latihan.



"Di bawah syarat ini, bercakap tentang sebarang langkah mobilisasi tambahan tidak masuk akal," katanya.



Encik Putin jarang membincangkan tempoh peperangan walaupun pada Julai lalu beliau mengatakan bahawa ia "baru sahaja bermula".



Sejak itu, Russia telah dipaksa membuat perunduran yang ketara, tetapi Encik Putin berkata beliau tidak menyesal melancarkan perang yang dianggap sebagai paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia Kedua.



Encik Putin berkata Russia telah mencapai "matlamat yang ketara" dengan mengambil alih "wilayah baru" di Ukraine - merujuk kepada pengilhakan empat wilayah yang sebahagiannya didudukinya sejak September dengan mana Kyiv dan kebanyakan anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan itu.



Peperangan telah meragut nyawa banyak mangsa awam Ukraine sekalipun Russia menafikan menyasarkan orang awam.



Pejabat hak asasi manusia PBB berkata tentera Russia telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 441 orang awam pada hari-hari awal pencerobohan mereka, mendokumentasikan serangan di puluhan bandar yang disifatkan sebagai jenayah perang.



Moscow tidak segera menjawab kritikan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >