Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin 'tidak tergesa-gesa' tamatkan operasi di Ukraine

Sep 18, 2022 | 05:30 AM



MOSCOW: Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata beliau "tidak tergesa-gesa" menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, dan mengancam akan meningkatkan serangan ke atas prasarana awam.



Encik Putin membuat ancaman itu beberapa hari selepas tenteranya merosakkan sebuah empangan utama di bandar yang didiami Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy, hingga mengakibatkan banjir besar.



Pemimpin Russia itu membuat kenyataan tersebut semasa sidang puncak serantau di Samarkand, Uzbekistan, yang disiarkan televisyen.



Beliau berkata, Russia kekal beriltizam membebaskan Donbas, daerah Donetsk dan Luhansk, di timur Ukraine.



"Tentera Russia kini menguasai wilayah yang baru," kata Encik Putin, dan menambah, Moscow "tidak berperang dengan tentera yang penuh" di Ukraine.



Sementara itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata Russia telah melakukan jenayah perang menyusuli penemuan perkuburan massa di satu daerah yang baru ditawan semula oleh Ukraine.



Encik Zelenskiy telah merayu bagi penambahan bekalan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu yang disifatkannya sebagai genting untuk mengekang pencerobohan Russia dan mencegah gangguan berlanjutan ke atas bekalan makanan dan sumber tenaga.



Beliau juga mengalu-alukan kunjungan oleh penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke sebuah bandar di mana perkuburan massa dijumpai.



Dalam pada itu, tentera Ukraine telah melancarkan serangan balas terhadap tentera Russia dan menawan semula lebih banyak penempatan di wilayah Kharkiv, lapor Agensi Anadolu.



Tentera Russia mara dekat ibu negara Ukraine, Kyiv pada 1 Mac, menawan bandar Kherson, serta bandar-bandar lain, termasuk Irpin dan Bucha.



Askar Russia turut menguasai Chernobyl serta menyerang Chernihiv dan mengepung bandar Kharkiv, Sumy dan Mariupol.



Menjelang 15 Jun, tentera Ukraine menawan semula kawasan sekitar Kyiv dan Sumy serta kawasan berhampiran.



Russia menempatkan kebanyakan tenteranya di Kharkiv dan Kherson. Mariupol, di bahagian Laut Azov Ukraine, turut dikawal Russia. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >