Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Putin tuduh Ukraine lakukan serangan pengganas

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



KYIV: Beberapa letupan telah menggegarkan ibu kota Ukraine, Kyiv, semalam selepas Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menuduh Ukraine melakukan serangan pengganas ke atas jambatan yang menghubungkan Russia dan Crimea, mencetuskan gesaan bagi tindakan balas daripada pegawai atasan di Moscow.



Asap tebal kelihatan di tengah Kyiv selepas bandar itu digegarkan beberapa letupan kuat, kata saksi, dan tidak ada laporan segera mengenai angka mangsa.



Jurucakap unit khidmat kecemasan Ukraine berkata terdapat beberapa orang yang maut, tetapi "butirannya belum disahkan".



"Beberapa letupan di daerah Shevchenskivskyi, di tengah ibu kota," kata Datuk Bandar Kyiv, Encik Vitali Klitschko, dalam aplikasi Telegram.



Wartawan AFP melaporkan sekurang-kurangnya tiga letupan kuat kedengaran, dan berlaku pada 8.15 pagi (1.15 petang di Singapura), dan siren serbuan udara berbunyi di sekitar Kyiv.



Encik Putin berkata kelmarin bahawa letupan sehari sebelumnya di jambatan di atas Selat Kerch, laluan bekalan utama buat tentera Moscow di selatan Ukraine, adalah "tindakan pengganasan yang bertujuan mahu memusnahkan infrastruktur awam yang sangat penting".



"Serangan ini telah direka, dijalankan dan diperintah oleh khidmat khas Ukraine," katanya dalam satu video di Telegram Kremlin.



Ukraine tidak mengaku bertanggungjawab di atas letupan itu tetapi pegawai kanan Russia menuntut tindak balas segera daripada Kremlin menjelang mesyuarat majlis keselamatan bersama Encik Putin semalam.



Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan, Encik Dmitry Medvedev, berkata sebelum mesyuarat itu bahawa Russia harus membunuh "pengganas" yang bertanggungjawab bagi serangan itu.



Jambatan Kerch adalah laluan penting buat pelabuhan Sevastopol, pangkalan armada Laut Hitam Russia, dan simbol pengilhakan Russia bagi kawasan Crimea pada 2014.



Encik Putin merasmikan pembukaan jambatan sepanjang 19km yang menghubungkan Crimea dengan Russia itu dalam satu acara besar-besaran pada 2018.



Kerosakan pada jambatan itu berlaku di tengah-tengah kekalahan Russia di medan perang, sedang terdapat laporan awal daripada pegawai Ukraine mengenai penemuan tapak pengebumian besar-besaran di bandar timur Lyman yang baru dibebaskan daripada Russia.



Encik Oleksandr Kovalenko, seorang penganalisis tentera dan ketua laman web Information Resistance, memberitahu laman web Espreso TV, penyiar digital terkenal di Ukraine, bahawa Russia mungkin memperhebat serangan ke atas sasaran awam selepas letupan di jambatan Crimea. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >