Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Qatar nilai semula peranan sebagai perantara

Apr 18, 2024 | 03:34 PM



DOHA: Qatar mahu menilai semula peranannya sebagai perantara antara Israel dan Hamas selepas mengalami kritikan, kata perdana menterinya pada 17 April.


“Qatar dalam proses penilaian semula sepenuhnya peranannya,” kata Perdana Menteri Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada satu sidang media di Doha.

“Ada eksploitasi dan penyalahgunaan peranan Qatar,” katanya, sambil menambah bahawa Doha menjadi mangsa “pemarkahan” oleh “ahli politik yang cuba menjalankan kempen pilihan raya dengan memperlekehkan negara Qatar”.

Qatar, bersama Amerika Syarikat dan Mesir, terlibat dalam perbincangan di balik tabir berminggu-minggu untuk mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel sebagai pertukaran bagi pembebasan rakyat Palestin dari penjara Israel.

Negara pengantara itu berharap dapat mencapai perjanjian gencatan senjata sebelum permulaan Ramadan, tetapi kemajuan berulang kali goyah tanpa sebarang perjanjian hingga kini.

Malah, Sheikh Mohammed berkata rundingan telah terhenti.

“Kami sedang melalui tahap sensitif dengan beberapa penangguhan dan kami cuba sedaya mungkin menangani kelewatan ini,” katanya.

Qatar, yang menjadi tuan rumah pucuk pimpinan politik Hamas sejak 2012 dengan restu Amerika, kerap menolak kritikan terhadap pengantaraannya oleh Israel, termasuk oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai kemungkinan perang selama berbulan-bulan di Gaza meluas ke konflik serantau, selepas serangan langsung pertama Iran ke atas Israel pada 13 April.

Serangan itu adalah tindakan balas terhadap serangan Israel ke atas kedutaannya di Damsyik, Syria, yang membunuh beberapa pegawai tentera kanannya.

Sheikh Mohammed berkata Doha telah “memberi amaran sejak awal perang ini mengenai peluasan lingkaran konflik itu, dan hari ini kita melihat konflik di pelbagai bidang”.

“Kami sentiasa menyeru masyarakat antarabangsa agar memikul tanggungjawabnya dan menghentikan perang ini,” tambah beliau, sambil berkata penduduk Gaza menghadapi “kepungan dan kebuluran” dan bantuan kemanusiaan digunakan sebagai “alat peras ugut politik”.

Perang meletus apabila Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh sekitar 1,200 orang dan menawan 240 tebusan.

Serangan balas teruk dan berterusan Israel terhadap Hamas telah membunuh 33,899 orang di Gaza. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >