Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Charles sah ada barah

Feb 06, 2024 | 02:10 PM



LONDON: Raja Charles telah disahkan menghidap barah dan sudah pun menerima rawatan yang akan menghalangnya daripada menjalankan tugas awam dalam masa terdekat, demikian diumumkan oleh Istana Buckingham.


Walaupun tiada butiran lanjut tentang jenis barah yang dihidapinya, Istana Buckingham berkata ia bukan barah prostat.

Gejala itu ditemui apabila raja berusia 75 tahun itu baru-baru ini menjalani rawatan di klinik London kerana pembesaran prostat.

Istana Buckingham berkata raja “tetap positif sepenuhnya tentang rawatannya”.

Beliau memulakan rawatan biasa pesakit luar pada 4 Februari dan walaupun terpaksa menangguhkan pertemuan dengan orang ramai, Raja Charles akan meneruskan peranan perlembagaannya sebagai ketua negara, termasuk kertas kerja dan mesyuarat peribadi.

Raja Charles secara peribadi memaklumkan kedua-dua anak lelakinya, Putera Wales dan Duke of Sussex, tentang penyakit yang dihidapinya, serta tiga adik-beradiknya, Puteri Diraja, Duke of Edinburgh dan Duke of York.

Putera Harry telah bercakap dengan bapanya mengenai diagnosis barahnya dan akan ke Britain untuk menemuinya dalam beberapa hari akan datang, Pejabat Duke dan Duchess of Sussex mengesahkan.

Beliau dipercayai akan datang sendirian sedang isterinya, Meghan tinggal di Amerika Syarikat bersama dua anak mereka – Putera Archie dan Puteri Lilibet. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >