Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Raja Charles: Sejarah menyakitkan harus diakui demi masa depan Komanwel

Oct 25, 2024 | 12:02 PM
Raja Britain, Raja Charles III (dua dari kanan), semasa upacara pembukaan Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) di Apia, Samoa, pada 25 Oktober 2024.
Raja Britain, Raja Charles III (dua dari kanan), semasa upacara pembukaan Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) di Apia, Samoa, pada 25 Oktober 2024. - Foto AFP

APIA (Samoa): Raja Charles III dari Britain menekankan kepentingan untuk mengakui sejarah Komanwel yang “menyakitkan” di tengah-tengah desakan berterusan dari negara-negara Afrika dan Caribbean untuk mendapat pampasan atas peranan Britain dalam perdagangan hamba rentas Atlantik.

Dalam ucapannya pada 25 Oktober di Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (Chogm) yang berlangsung di Samoa sejak 21 Oktober, Raja Charles berkata:

“Saya memahami dengan mendengar suara rakyat di seluruh Komanwel bagaimana aspek paling menyakitkan daripada sejarah kita masih berbekas sehingga kini.”

Beliau menambah: “Adalah sangat penting untuk kita memahami sejarah ini bagi memandu kita dalam membuat keputusan yang betul untuk masa depan.”

Raja Charles berdepan dengan desakan supaya mengakui sejarah kejam penjajahan negaranya di tengah-tengah mesyuarat Chogm bersama pemimpin negara Komanwel lain di Samoa.

Pemimpin dari 56 negara Komanwel iaitu negara-negara yang pernah dijajah Britain berhimpun bagi sidang puncak di Samoa dengan harapan dapat membuktikan bahawa blok berkenaan masih relevan tetapi perlu berhadapan dengan salah lakunya pada masa lampau.

Desakan supaya Britain membayar pampasan atau membuat penebusan lain atas peranannya dalam perhambaan rentas Atlantik bukanlah perkara baru.

Namun, tuntutan itu semakin mendapat momentum sejak kebelakangan ini khususnya dalam kalangan masyarakat di Caribbean dan Kesatuan Afrika.

Perdebatan mengenai pampasan itu mencetuskan dua pandangan berbeza.

Mereka yang menentang pembayaran pampasan berpendapat bahawa negara-negara tidak seharusnya dipertanggungjawabkan atas kesalahan sejarah yang telah berlaku.

Sebaliknya, penyokong pampasan berpendapat bahawa legasi perhambaan telah menyebabkan ketidaksamaan kaum yang luas dan berterusan sehingga hari ini.

Perdana Menteri Britain, Encik Kier Starmer, pada 21 Oktober menyatakan bahawa negara itu bersedia mendengar pandangan negara-negara yang ingin membincangkan isu tersebut dalam persidangan Komanwel.

Britain setakat ini secara terbuka menolak tuntutan untuk membayar pampasan dan pegawainya telah menolak permohonan maaf pada sidang kemuncak berkenaan.

Menteri Luar Bahamas, Encik Frederick Mitchell, pula memberitahu BBC pada 24 Oktober bahawa draf kesimpulan persidangan yang dijangka terbit pada 26 Oktober akan menyentuh tentang perbincangan mengenai pampasan perhambaan.

Setiausaha Agung Komanwel, Cik Baroness Patricia Scotland, yang juga seorang diplomat dan peguam kelahiran Dominica, berkata:

“Kita telah menunjukkan kemampuan yang tiada bandingannya untuk mengatasi sejarah menyakitkan yang menyatukan kita, dan (membolehkan) kita duduk sama rata selama 75 tahun.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg