Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Raja Charles ucap terima kasih atas sokongan selepas hidap barah

Feb 11, 2024 | 09:14 AM



LONDON: Raja Charles dari Britain melahirkan terima kasihnya pada 10 Februari kepada mereka yang bersimpati, selepas beliau disahkan menghidap barah.


Ini kenyataan pertamanya sejak Istana Buckingham mengumumkan yang beliau akan menundakan beberapa kegiatan demi menjalani rawatan.

“Saya ingin lahirkan ucapan terima kasih mendalam bagi mesej sokongan serta ucapan selamat yang banyak saya terima sejak beberapa hari lalu,” kata Raja Charles dalam satu kenyataan.

Pada 5 Februari Istana Buckingham mengumumkan bahawa Raja Charles, 75 tahun, telah disahkan menghidap sejenis barah, kurang 18 bulan selepas dinobat sebagai raja.

“Seperti mereka yang menghidap barah akan tahu, ucapan sedemikian amat memberi keselesaan dan semangat,” kata Raja Charles.

Raja itu berkata diagnosisnya itu telah membantu memberi perhatian kepada pertubuhan yang menyokong pesakit barah di Britain dan di mana-mana juga.

Berita mengenai beliau menghidap barah timbul selepas Raja Charles dimasukkan ke hospital selama tiga malam pada Januari lalu di mana beliau menjalani prosedur pembaikan bagi prostat yang membengkak.

Istana Buckingham belum memberi sebarang butiran tentang keadaannya melainkan berkata bahawa ia bukan barah prostat, namun berkata bahawa Raja Charles “kekal positif secara keseluruhannya” dan teruja kembali melakukan tugasan awam seawal mungkin.

Isteri Raja Charles, Ratu Camilla, berkata pada 8 Februari bahawa suaminya sedang “dalam keadaan amat baik”.

Dengan Raja Charles menjalani rawatan dan isteri Putera Williams, Kate, sedang pulih akibat pembedahan perut, tanggungjawab kini terletak di bahu kerabat lain – terutamanya Putera Williams dan Ratu Camilla – untuk tampil menjadi wajah monarki tersebut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >