SPH Logo mobile
Langgan|

Raja Salman hos 2,322 jemaah haji, termasuk 1,000 rakyat Palestin

Raja Salman hos 2,322 jemaah haji, termasuk 1,000 rakyat Palestin

May 29, 2024 | 2:37 PM

Raja Salman hos 2,322 jemaah haji, termasuk 1,000 rakyat Palestin

Raja Salman bin Abdulaziz mempengerusikan satu mesyuarat maya Kabinet daripada pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi, pada 28 Mei. 
Raja Salman bin Abdulaziz mempengerusikan satu mesyuarat maya Kabinet daripada pejabatnya di Jeddah, Arab Saudi, pada 28 Mei.  - Foto REUTERS

MAKKAH: Pemimpin Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz, telah mengeluarkan perintah supaya negaranya mengehos 2,322 jemaah haji dari seluruh dunia.

Ini termasuk 1,300 jemaah dari lebih 88 negara, 1,000 jemaah daripada keluarga syuhada, tahanan serta rakyat Palestin yang cedera, dan 22 jemaah haji daripada keluarga kembar siam yang berjaya menjalani pembedahan pemisahan di Saudi.

Ia sebahagian Program Tamu Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Lawatan yang sedang dilaksanakan Kementerian Ehwal Islam, Seruan dan Bimbingan.

Menterinya, Sheikh Abdullatif Al-Sheikh, mengatakan antara lain usaha mengehos jemaah haji itu akan membantu mengeratkan ikatan perpaduan dan persaudaraan sesama umat Islam melalui perhimpunan tetamu yang menunaikan haji dan melibatkan Raja Salman, yang diatur oleh kementerian itu di Makkah dan Madinah.

Sheikh Abdullatif turut menjelaskan bahawa acara itu adalah lanjutan daripada usaha kepimpinan bijak dalam perkhidmatan Islam dan umat Islam.

“Ia juga menonjolkan kedudukan utama kerajaan Arab Saudi selaku negara tuan rumah Kiblat bagi umat Islam, dan berperanan sebagai perintis setiap kerja Islam yang memberi manfaat kepada seluruh umat Islam.

Kementerian berkenaan telah membuat persiapan rapi bagi menjayakan acara itu,” ujarnya, sebagaimana ditukil Saudi Gazette.

Beliau selanjutnya berkata sebagai tuan rumah kepada jemaah haji, Saudi akan menyediakan kemudahan bagi memastikan keselesaan jemaah menunaikan ibadah umrah dan haji dengan selesa, di samping memudahkan kunjungan mereka ke Madinah, dan solat di Masjid Nabawi.

Program itu telah menjadi hos kepada lebih 60,000 jemaah lelaki dan wanita sejak dilancarkan lebih 26 tahun lalu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg