Topic followed successfully
Go to BHkuRakyat Iran ikrar terus bertahan hingga ke akhir di pengebumian komander IRGC
Rakyat Iran ikrar terus bertahan hingga ke akhir di pengebumian komander IRGC
Apr 2, 2026 | 2:42 PM
Rakyat Iran ikrar terus bertahan hingga ke akhir di pengebumian komander IRGC
Orang ramai mengibarkan bendera Iran ketika menghadiri upacara pengebumian Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Alireza Tangsiri, bersama mangsa lain yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, di Dataran Enghelab, Tehran, pada 1 April 2026. Iran mengesahkan pada 30 Mac bahawa Tangsiri maut akibat serangan Israel, yang menurut Israel bertanggungjawab terhadap penutupan Selat Hormuz. Kenyataan yang disiarkan oleh laman Sepah News milik IRGC menyatakan beliau “meninggal dunia akibat kecederaan parah” susulan serangan tersebut. - Foto AFP
TEHRAN: Ribuan rakyat Iran berhimpun di ibu negara pada 1 April bagi menghadiri pengebumian Komander Tentera Laut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC), Alireza Tangsiri, yang terbunuh dalam serangan Israel, dengan para hadirin berikrar untuk terus berjuang walaupun berdepan tekanan berterusan dari Amerika Syarikat.
Perarakan pengebumian itu berlangsung bersempena ulang tahun ke-47 Republik Islam Iran yang diisytiharkan pada 1 April 1979 selepas revolusi yang menumbangkan pemerintahan Shah terakhir.
Laporan berkaitan
Kebangkitan Mojtaba Khamenei: Golongan tegar Iran kukuhkan kuasaMar 16, 2026 | 5:30 AM
Pemimpin baru Iran dilapor cedera pada hari awal perangMar 11, 2026 | 1:36 PM

