Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Palestin akan tadbir Gaza selepas perang: Menteri Pertahanan Israel

Jan 16, 2024 | 2:17 PM
TADBIR SENDIRI GAZA: Penduduk Palestin mencari perlindungan di Rafah sedang Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berkata rakyat Palestin akan mentadbir sendiri Gaza selepas perang berakhir.
TADBIR SENDIRI GAZA: Penduduk Palestin mencari perlindungan di Rafah sedang Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant, berkata rakyat Palestin akan mentadbir sendiri Gaza selepas perang berakhir. - Foto AFP

TEL AVIV: Rakyat Palestin akan mentadbir sendiri Jaluran Gaza selepas perang dengan Israel berakhir, kata Menteri Pertahanan Israel, Encik Yoav Gallant.

“Rakyat Palestin tinggal di Gaza dan oleh itu rakyat Palestin akan mentadbirnya pada masa hadapan. Pemerintah Gaza pada masa depan mesti berkembang keluar dari Jaluran Gaza,” kata beliau dalam satu sidang akhbar pada 15 Januari.

Menurutnya, apabila perang berakhir tidak akan ada lagi ancaman ketenteraan dari Gaza. Hamas tidak akan dapat memerintah dan berfungsi sebagai pasukan tentera di Jaluran Gaza.

Beliau berkata pemerintah Gaza pada masa depan akan menjadi “alternatif awam” tetapi menegaskan bahawa tentera Israel akan mempunyai “kebebasan operasi” dengan cara yang bertujuan untuk melindungi rakyat Israel.

Hamas, sebuah pergerakan Islam yang telah memerintah Jaluran Gaza sejak 2007, berperang dengan Israel apabila pejuangnya menyerang selatan Israel pada 7 Oktober.

Serangan Hamas itu mengakibatkan kematian kira-kira 1,200 orang di Israel, kebanyakannya orang awam. Mereka turut menahan 240 yang lain sebagai tebusan.

Serangan balas Israel yang berterusan sejak itu telah membunuh lebih 24,000 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan wilayah itu.

Israel juga telah mengepung Gaza dan memutuskan bekalan penting seperti elektrik dan air serta makanan mengakibatkan krisis kemanusiaan yang serius di wilayah yang diduduki 2.3 juta rakyat Palestin.

Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan bahawa rakyat Palestin mesti mentadbir urus Gaza selepas perang.

Kenyataan Amerika itu sekali gus menyanggah komen Israel sebelumnya bahawa ia akan mengawal keselamatan Gaza buat selama-lamanya.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, pernah menegaskan pihaknya tidak sama sekali menyokong penjajahan tentera Israel di Jaluran Gaza selepas konflik antara Isreal dengan Hamas berakhir. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg