Rakyat Palestin gembira sebahagian lintasan Rafah dibuka semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rakyat Palestin gembira sebahagian lintasan Rafah dibuka semula

Feb 5, 2026 | 12:50 PM

Rakyat Palestin gembira sebahagian lintasan Rafah dibuka semula

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
palestin, lintasan rafah, Hospital Nasser di Khan Younis, gaza
Seorang wanita Palestin, yang dibenarkan menyeberang lintasan Rafah daripada Mesir, begitu hiba ketika berpelukan dengan kaum keluarganya yang menyambutnya di Hospital Nasser di Khan Younis, selatan Gaza. - Foto AFP

RAFAH (Gaza): Rakyat Palestin menangis kegembiraan apabila sebahagian lintasan Rafah dengan Mesir dibuka semula, membolehkan sebilangan kecil daripada mereka kembali ke Gaza yang hampir punah-ranah akibat perang.

Orang ramai berkerumun sekitar bas yang membawa sanak-saudara dan kaum keluarga kembali ke Hospital Nasser di Khan Younis lewat malam, merakam detik itu di telefon mereka dan mendukung kanak-kanak ke tingkap untuk menyambut ketibaan mereka.

“Kami keletihan selepas perjalanan yang memilukan ini,” kata Cik Rotana al-Riqib, seorang wanita Palestin berusia 30-an tahun yang kembali daripada Mesir.

“Pihak Israel membawa kami ke lintasan dan menyoal saya, ibu saya dan seorang lagi wanita dari Khan Younis.

“Mereka tidak benarkan kami membawa masuk apa-apa.

“Mereka merampas hampir semua yang kami bawa termasuk barang-barang anak-anak saya.

“Mereka hanya meninggalkan beberapa pakaian untuk kami,” cerita beliau.

Lintasan itu, satu-satunya titik keluar Gaza yang tidak menuju ke Israel, sebahagian besarnya masih ditutup sejak tentera Israel mengambil alihnya pada Mei 2024 semasa perang Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Hanya kira-kira dua dozen orang melintas di kedua-dua arah pada hari pertama, jauh lebih sedikit daripada jangkaan 200 orang, menurut sumber daripada kedua-dua belah pihak.

“Mereka tidak mahu sebilangan besar orang kembali ke Gaza.

“Mereka sebaliknya lebih suka kami keluar,” tambah Cik Rotana.

Mesir sentiasa memberi amaran terhadap pengusiran rakyat Palestin dari Gaza dan dilaporkan menuntut jumlah sama rata yang memasuki dan keluar dari wilayah itu setiap hari.

Encik Ali Shaath, ketua jawatankuasa Palestin yang menyelia tadbir urus Gaza, menyifatkan pembukaan semula Rafah sebagai “jendela harapan” untuk wilayah yang musnah akibat perang itu.

Walaupun 150 orang dijadualkan keluar dan 50 orang masuk pada 2 Februari, hanya 12 rakyat Palestin – sembilan wanita dan tiga kanak-kanak – dibenarkan pulang dari Mesir, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza dan pegawai sempadan.

Pembukaan semula, yang telah lama dituntut oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merupakan elemen penting gencatan senjata Gaza yang diusahakan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump pada Oktober 2025.

Bagi penduduk Gaza yang sakit dan cedera, lintasan itu membuka potensi akses kepada rawatan perubatan di Mesir.

Encik Mohammed Abu Salmiya, pengarah Hospital al-Shifa di Bandar Gaza, melaporkan 20,000 pesakit yang memerlukan rawatan segera, termasuk 4,500 kanak-kanak. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg