Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rakyat Palestin tinggalkan khemah di Rafah susulan serangan Israel

Feb 14, 2024 | 12:28 PM



RAFAH (Jaluran Gaza): Cik Nahla Jarwan melarikan diri dari rumahnya di tengah Gaza untuk mencari perlindungan di Rafah – nasib serupa dengan lebih sejuta rakyat Palestin lain yang melarikan diri daripada serangan tentera Israel.


Kini, beliau dan ramai lagi penduduk Palestin terpaksa melarikan diri lagi dari Rafah pada 13 Februari untuk menyelamatkan diri daripada serangan tentera Israel sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Beliau kembali mencari perlindungan di tengah Gaza yang menurutnya juga belum tentu selamat.

“Dulu saya melarikan diri dari Al-Maghazi ke Rafah dan sekarang saya kembali semula ke Al-Maghazi kerana ketakutan. Semoga tempat ini selamat daripada pengeboman dan bedilan tentera Israel,” kata Cik Jarwan.

“Ke mana saja kita pergi, keselamatan kita terancam,” tambahnya.

Menyifatkan Rafah sebagai “kubu pertahanan terakhir” Hamas, Israel merancang meluaskan serangannya di wilayah itu untuk cuba menghapuskan kumpulan Hamas yang telah menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang di samping menahan lebih 240 yang lain sebagai tebusan.

Perang yang meletus dek pengeboman dan serangan darat Israel sehingga kini telah membunuh lebih 28,000 rakyat Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas.

Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWA), berkata terdapat hampir 1.5 juta orang berlindung di Rafah, enam kali ganda lebih tinggi daripada tempoh sebelum 7 Oktober.

Penduduk melaporkan bahawa kereta kebal Israel telah membedil sektor timur bandar Rafah semalaman pada 12 Februari.

Pejabat Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata ia telah mengarahkan tentera untuk menyiapkan rancangan bagi mengosongkan Rafah.

Sambil duduk di dalam kereta yang penuh dengan barang-barang keperluan, Cik Jarwan berkata beliau berharap perang akan berakhir secepat mungkin.

“Kami bosan melarikan diri dari satu bandar ke bandar lain. Saya berharap dunia berdiri bersama kami dan memandang kami dengan penuh belas kasihan,’” keluhnya.

“Kami letih dan sentiasa menangis kerana dicengkam tembakan, kemusnahan, kematian, kelaparan, kehausan, tidak ada makanan,” katanya lagi.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah memberitahu Encik Netanyahu bahawa Israel tidak seharusnya meneruskan operasi tentera di Rafah tanpa rancangan untuk memastikan keselamatan orang awam yang berlindung di sana.

Pegawai bantuan dan pemerintah asing menyatakan bahawa tiada lagi tempat selamat di Gaza untuk penduduk Palestin berlindung.

Mesir berkata ia tidak akan membenarkan penghijrahan pelarian Palestin ke negaranya.

Seorang lagi penduduk, Encik Momen Shbair, berkata beliau akan kembali ke Khan Younis, selepas apa yang disifatkannya sebagai malam yang sukar di Rafah.

“Kami tidak tahu ke mana hendak pergi. Saya berdoa agar seluruh dunia menekan Israel untuk menamatkan perang,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >