Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERKEMBANGAN POLITIK THAILAND

Rakyat Thai rasa belum ada calon sesuai jadi PM

Oct 05, 2022 | 05:30 AM



KEADAAN terumbang-ambing politik di Thailand kini lebih tidak menentu apabila sebahagian besar rakyatnya berasa tidak ada calon sesuai untuk mereka pilih sebagai perdana menteri dalam pilihan raya umum mendatang.



Sejauh ini, hanya dua calon yang dilihat agak menonjol dalam persaingan merebut jawatan itu.



Dapatan sebuah tinjauan oleh Institut Pentabiran Pembangunan Kebangsaan (Nida) menunjukkan Cik Paetongtarn Shinawatra, anak mantan perdana menteri Thaksin Shinawatra daripada Parti Pheu Thai, mendahului pesaingnya dengan 21.6 peratus sokongan dan menduduki tempat kedua.



Pencabarnya, Encik Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Bergerak Ke Hadapan (Parti Move Forward), menyaksikan sokongan baginya merosot kepada 10.56 peratus, menduduki tempat ketiga.



Kedua-duanya, Cik Paetongtarn, 36 tahun, dan Encik Pita, 42 tahun, dilihat memenuhi cita rasa sesetengah rakyat Thai hari ini yang mahu generasi lebih muda diberi peluang memimpin negara itu.



Perdana menteri, Encik Prayuth Chan-Ocha, 68 tahun, hanya mendapat 10.12 peratus, menduduki tempat keempat.



Ketiga-tiga mereka, bagaimanapun, gagal mengatasi pilihan 'Tiada Siapa Sesuai Bagi Jawatan Perdana Menteri' yang mendapat 24.16 peratus sokongan - dan merupakan tanggapan terbanyak.



Tinjauan Nida dijalankan dari 15 hingga 21 September menerusi panggilan telefon. Seramai 2,500 rakyat berusia 18 tahun ke atas dari seluruh negara menyertainya. Latar belakang pendidikan, pendapatan dan pekerjaan mereka pelbagai.



Pilihan raya umum Thailand dijangka diadakan Mei tahun depan.



Mencari calon mengisi jawatan perdana menteri kian sukar sedang ekonomi kedua terbesar di Asean itu berdepan pelbagai masalah, daripada hutang isi rumah yang tinggi kepada kemerosotan nilai matawang baht disebabkan kadar inflasi tertinggi dalam 14 tahun.



Yang jelas, keyakinan rakyat pada Encik Prayuth dan pengaruh beliau rakyat terus menyusut.



Populariti beliau menjunam empat suku berturut-turut sedang kerajaannya terkapai-kapai cuba memperkukuh ekonomi yang teruk dibantai pandemik Covid-19.



Ketika tinjauan tersebut dijalankan, Parti Pheu Thai (Parti Untuk Rakyat Thai) menjadi pilihan responden dengan meraih 34 peratus sokongan.



Move Forward di tempat kedua dengan 14 peratus sokongan, sementara Palang Pracharath (Parti Kuasa Negara Rakyat), parti terbesar dalam kerajaan perikatan pimpinan Encik Prayuth, menduduki tempat kelima dengan 5.6 peratus undi.



Namun, hampir 25 peratus responden masih berkecuali, atau tidak memberi sokongan kepada mana-mana parti dalam tinjauan itu.



Cik Paetongtarn dilihat pendukung sokongan rakyat pada bapanya, Encik Thaksin, yang diguling dalam satu kudeta tentera pada 2006 dan kini hidup dalam buangan atas pilihan sendiri.



Dapatan tinjauan itu turut memberi isyarat wujudnya tentangan terhadap kerajaan yang menyebelahi tentera, dengan pengundi dilihat lebih memilih parti bebas daripada pengaruh tentera.



Encik Prayuth, seorang bekas panglima tentera, mula menjawat jawatan perdana menteri pada 2014 setelah menggulingkan kerajaan pimpinan adik Encik Thaksin, Cik Yingluck Shinawatra.



Beliau akan melepaskan jawatan perdana menteri pada 2025 - atas perintah mahkamah pada 30 September.



Ada gesaan agar pilihan raya dipercepat. Masalahnya, calon sesuai untuk jawatan nombor satu masih dicari. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >