Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ramai pengundi masih belum tentukan calon pilihan

Aug 10, 2023 | 12:55 PM



ALOR SETAR (Kedah): Pengundi di enam negeri yang akan mengundi pada Sabtu, sebahagian besarnya telah membuat keputusan tentang pilihan mereka. Namun, ramai juga yang masih belum membuat keputusan mengenai calon yang mereka inginkan.


Pandangan itu disuarakan beberapa pengundi yang diwawancara akhbar berbahasa Inggeris, The Star.


Antara mereka termasuk Encik Nizar Mohammad, 47 tahun, seorang penjaja di sini, yang berkata beliau mahukan wakil rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat dan bukannya mengeluarkan retorik.

“Saya tak kisah dia datang dari parti mana. Apabila dipilih, mereka harus menunaikan kewajipan mereka,” kata Encik Nizar yang akan mengundi di Kubang Rotan.

Suri rumah, Cik Nor Hafida Hashi, 56 tahun, masih belum pasti dengan pilihannya. Beliau mahukan calon yang boleh mencari jalan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Harga barangan runcit telah meningkat. Gaji terlalu rendah, tetapi ahli politik terus mengupas isu politik. Mereka harus mencari jalan untuk meringankan beban rakyat,” katanya.

Di Seremban, seorang penyambut tetamu hotel, Encik Mohd Nazrul Mohamad, berkata beliau masih belum membuat keputusan mengenai siapa yang hendak dipilihnya.

“Saya pernah mendengar tentang calon tetapi tidak membuat keputusan. Apa yang pasti saya akan mengundi seseorang yang rapat dengan rakyat yang memahami isu mereka dan boleh mencari penyelesaian yang sewajarnya,” kata Encik Mohd Nazrul, yang akan mengundi calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senaling.

Seperti Encik Mohd Nazrul, ahli perniagaan Encik Mohd Haziq Abdul Rahman, 30 tahun, masih belum membuat keputusan tetapi akan memilih calon yang benar-benar berkhidmat untuk kepentingan rakyat.

“Orang itu hendaklah berbelas kasihan dan membantu penduduk dan fakir miskin di Bagan Pinang. Saya pernah melihat orang meminta beberapa ringgit untuk menampung perbelanjaan makan mereka. Ia menyayat hati,” katanya.

Di Kota Bharu, penduduk tempatan, malah yang muda, menantikan hari mengundi itu, dengan sebahagian daripada mereka berharap untuk melihat perubahan yang boleh meningkatkan kehidupan mereka.


Encik Muhammad Saidin Abdul Wahid, 33 tahun, berkata beliau akan membuat keputusan selepas mendengar apa yang diperkatakan setiap calon.

“Adalah penting untuk keluar mengundi kerana ia akan menentukan jalan ke hadapan,” kata pengundi di Chempaka itu. Dibesarkan di Kelantan, saya pernah mendengar cerita, tetapi sebagai orang dewasa, saya mahu mendengar semua perspektif.”

Di Kuala Terengganu, pengendali bot, Encik Zulkifli Mohamad, 56 tahun, berkata beliau tidak terlalu memikirkan tentang pilihan raya negeri kerana sibuk mengatur perjalanan bot ke Pulau Redang dari jeti Merang di Setiu.

“Terdapat penurunan jumlah pelancong sejak Hari Raya. Pada hari-hari biasa, kami berjuang untuk mendapatkan satu perjalanan. Jadi kami perlu memaksimumkan perjalanan yang kami dapat pada hujung minggu,” katanya.

Encik Zulkifli berkata beliau 50-50 sama ada mahu mengekalkan kerajaan negeri Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Pembantu kafe, Encik Zikri Ahmad, 23 tahun, berkata seluruh keluarganya di Bukit Payong juga tidak pasti.

“Dulu mereka menyokong PAS, tetapi saya kini memikirkan sama ada mahu bertukar atau tidak,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >