Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rang antilompat parti diserah kepada AP, Adun

Usul termasuk AP dipecat parti tak hilang kerusi, yang keluar parti atau tidak lagi jadi ahli partinya gugur taraf AP
Jul 20, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipecat oleh partinya tidak akan kehilangan kerusi, manakala mereka yang keluar parti atau tidak lagi menjadi anggota parti yang diwakilinya akan gugur taraf sebagai AP.



Peruntukan itu antara yang terkandung dalam draf baru Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti yang diserahkan kepada semua AP sebaik saja mesyuarat kedua penggal kelima parlimen ke-14 bermula pagi kelmarin.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dijangka membentangkan RUU tersebut pada persidangan yang ditetapkan selama tiga minggu.



Sementara itu, beberapa AP turut mengesahkan draf RUU itu sudah dibentang di atas meja mereka.



Antara AP itu ialah Encik Foong Hin, dari Kota Kinabalu, Sabah, yang mengesahkan menerima penyata laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang RUU Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.



AP Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan, Encik Fahmi Fadzil, menerusi Twitter, mencatatkan; "Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sudah menyerahkan Pindaan RUU Anti Lompat Parti kembali ke Dewan Rakyat. This is the Anti Hopping Bill! (ini RUU Anti Lompat)."



Draf RUU itu juga menyatakan AP Bebas akan kehilangan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya beliau menyertai sesebuah parti selepas menang pilihan raya atas tiket Bebas.



Dalam draf baru RUU berkaitan larangan wakil rakyat bertukar parti itu, terdapat pengeculian kekosongan kerusi atas tiga sebab, iaitu pembubaran atau pembatalan pendaftaran partinya, pelepasan keahlian parti apabila dipilih sebagai Yang Dipertua (Speaker), dan dipecat oleh parti.



Pengecualian yang ditetapkan dalam draf baru RUU itu akan membabitkan pindaan mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan selepas Perkara 49A, perkara baru iaitu Perkara 49A(1) dan 49A(2), 49A(3) dan 49A(4).



Perkara 49A(1) menetapkan "bahawa seseorang ahli Dewan Rakyat (AP) hendaklah terhenti menjadi ahli dewan itu dan kerusinya kosong apabila dia melepaskan keanggotaan parti politik, tidak lagi menjadi anggota parti politik atau AP Bebas yang menang pilihan raya kemudian menyertai parti politik.



Perkara 49A(2) pula menetapkan "seseorang AP tidak terhenti menjadi ahli dewan disebabkan pembubaran atau pembalakan pendaftaran parti, pelepasan keahlian parti apabila dipilih sebagai Yang Dipertua serta dipecat oleh partinya.



Perkara 49A(3) menetapkan "notis pemakluman kekosongan kerusi perlu dibuat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat oleh mana-mana AP mengenai berlakunya kekosongan luar jangka dan Yang Dipertua perlu memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan itu dalam tempoh 21 hari dari tarikh notis diterima.



Perkara 49A(4) menetapkan "SPR dalam tempoh 60 hari selepas menerima notis dari Yang Dipertua perlu mengisi kekosongan luar jangka itu atau mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK)."



Draf baru RUU itu turut ada pindaan Perkara 10, Perkara 48, Perkara 60 serta Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.



Pindaan ke atas Jadual Lapan, yang membabitkan peruntukan kepada Adun itu, menyaksikan kemasukan seksyen baru selepas Seksyen 7, iaitu seksyen 7A(1), dengan kandungan pindaan menyerupai pindaan mengikut Perkara 49A.



Sementara itu, satu lagi tambahan dalam draf baru itu ialah untuk memasukkan klausa menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh - dengan kebenaran ketua negeri - menjadikan undang-undang ini terpakai di peringkat negeri menerusi pewartaan.



Datuk Seri Dr Wan Junaidi sebelum ini menyatakan pihaknya mencadangkan RUU itu dibahaskan pada 27 dan 28 Julai.



Setelah mendapat kelulusan Parlimen dan Dewan Negara, RUU tersebut akan dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong antara 11 dan 26 Ogos untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka dilaksana antara 29 Ogos dengan 2 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >