Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rang undang-undang keselamatan baharu Hong Kong timbulkan keresahan

Mar 08, 2024 | 03:03 PM



HONG KONG: Langkah pemerintah Hong Kong yang mahu mempercepatkan undang-undang keselamatan nasional yang baharu telah menimbulkan kebimbangan di kalangan komuniti perniagaan.

Rang Undang-Undang yang dikemukakan kepada badan perundangan bandaraya pada 8 Mac termasuk kesalahan pengkhianatan dan pemberontakan yang boleh dihukum penjara seumur hidup.

Kebimbangan turut dibangkitkan oleh pekerja hak asasi manusia, perniagaan asing dan diplomat bahawa undang-undang baharu itu mungkin menyekat aliran maklumat dan seterusnya menyekat kebebasan bersuara dan hak-hak lain.

“Geopolitik telah menjadi semakin kompleks, dan risiko keselamatan nasional kekal wujud. Tindakan membahayakan keselamatan nasional boleh berlaku dalam banyak bentuk berlainan, dan ancaman boleh muncul secara tiba-tiba,” menurut kenyataan pemerintah.

Pemerintah Hong Kong telah menyatakan niatnya untuk meluluskan Rang Undang-Undang tersebut secepat mungkin untuk menutup ‘ruang kosong’ undang-undang keselamatan nasional sedia ada.

Hong Kong memuktamadkan rundingan selama sebulan berhubung perundangan “Perkara 23” yang menyasarkan kesalahan baharu dan berasingan daripada undang-undang keselamatan negara sedia ada yang dikenakan oleh Beijing pada 2020 berikutan protes demokrasi di seluruh bandar.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Encik John Lee, menggesa supaya rang undang-undang itu diluluskan dengan ‘secepat mungkin.

Pemerintah Hong Kong pada 8 Mac menerbitkan draf undang-undang keselamatan nasional baharu yang meliputi aspek pengkhianatan, pengintipan, campur tangan luar, rahsia negara dan hasutan.

Draf itu yang menyusul selepas tamat tempoh perundingan awam selama sebulan berhubung rang undang-undang berkenaan, antara lain menggariskan hukuman penjara hingga seumur hidup bagi kesalahan khianat, pengintipan (20 tahun) dan berkait rahsia negara (10 tahun).

Terdahulu menurut satu kenyataan pemerintah, badan perundangan Hong Kong akan membahaskan rang undang-undang itu mulai jam 11 pagi.

Bagaimanapun, ia masih memerlukan beberapa pusingan perbahasan di Majlis Perundangan, selain mesyuarat khas untuk bacaan pertama dan kedua, di mana proses terbabit berkemungkinan akan mengambil masa beberapa minggu.

Encik Lee bersama pegawai Hong Kong dan China yang lain mempertahankan rang undang-undang terbabit selepas ia dikritik sebilangan kerajaan Barat, termasuk Amerika Syarikat sebagai berisiko mengekang lagi kebebasan di bekas tanah jajahan British itu sekiranya ia terlalu kabur.

Pemerintah Hong Kong menekankan bahawa banyak negara Barat juga mempunyai perundangan serupa, dan undang-undang berkenaan diperlukan bagi menambah baik rejim keselamatan nasional. - Agenis berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >