Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ratusan pendaki Everest terkandas dek salji tebal diselamatkan

Oct 8, 2025 | 1:04 PM
Mount Everest, lost, missing
Anggota penyelamat berjaya membawa keluar para pendaki Gunung Everest selepas mereka dilaporkan terkandas dek salji tebal. - Foto REUTERS

BEIJING: Pasukan penyelamat telah selamat membawa keluar semua pendaki yang terkandas di timur Gunung Everest di Tibet pada 7 Oktober, termasuk ratusan pemandu tempatan dan pengembala yak, kata pihak berkuasa.

Ia turut bermakna pasukan penyelamat menamatkan salah satu operasi mencari dan menyelamat terbesar di pergunungan itu.

Beratus-ratus pendaki terkandas pada hujung minggu di lembah terpencil di Lembah Karma selepas ribut salji luar biasa melanda wilayah terpencil itu.

Salji turun sepanjang 4 Oktober di kawasan lembah, yang terletak pada ketinggian purata 4,200 meter.

Pada 5 Oktober, pasukan penyelamat telah mengesan dan membimbing kira-kira 350 pendaki ke tempat lebih selamat.

Menurut laporan sebelum ini, baki 200 pendaki dijangka diselamatkan menjelang 7 Oktober.

Namun, pada petang 7 Oktober, seramai 580 pendaki bersama lebih 300 pemandu, pengembala yak dan kakitangan sokongan lain telah dibawa keluar ke tempat lebih selamat, lapor agensi berita rasmi, Xinhua.

Seorang pendaki daripada China berkata kumpulan mereka “terlalu takut untuk tidur” pada 4 Oktober apabila salji cepat menimbun di sekeliling khemah mereka, memaksa mereka membersihkannya setiap 90 minit.

Mereka memutuskan untuk turun pada 5 Oktober kerana cuaca terlalu buruk.

“Dalam perjalanan, kami bertemu dengan bapa kepada pemandu kami, yang datang mencarinya.

“Ketika itulah kami mengetahui salji tebal melanda di kawasan lembahan menyebabkan penduduk kampung, tidak dapat menghubungi anak-anak mereka di atas gunung,” tambahnya.

Oktober adalah musim kemuncak di kawasan itu, dengan cuaca yang biasanya cerah dan sederhana.

Namun, salah seorang daripada 18 anggota kumpulan pendaki, Encik Chen Geshuang, yang berjaya kembali ke Qudang, berkata cuaca pada 2025 “tidak normal”.

Ribut salji itu turut menggagalkan rancangan pendaki yang dipandu oleh kumpulan, Madison Mountaineering, yang berpangkalan di Amerika Syarikat untuk mendaki Cho Oyu, puncak 8,188 meter di sempadan China dengan Nepal.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan pembangunan wilayah Everest di Tibet sebagai tarikan pelancongan utama, kawasan itu telah menarik peningkatan bilangan pelawat.

Lebih 540,000 pelancong melawat wilayah itu pada 2024, mencatat rekod baru.

Lembah Karma Rongshar dan Cho Oyu kekal ditutup buat sementara waktu kepada orang ramai.

Salji lebat turut menjejas ratusan pendaki di bahagian lain di barat China, termasuk Xinjiang, Qinghai dan Gansu. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg