Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ratusan pesara, askar kerahan Israel desak capai perjanjian bebaskan tebusan

Apr 11, 2025 | 2:15 PM
Desakan pesara dan askar kerahan angkatan udara Israel  supaya pemerintah mencapai perjanjian bagi membebaskan tebusan, mencerminkan perpecahan yang semakin meningkat dalam tentera Israel berkaitan perang terhadap Hamas..
Desakan pesara dan askar kerahan angkatan udara Israel supaya pemerintah mencapai perjanjian bagi membebaskan tebusan, mencerminkan perpecahan yang semakin meningkat dalam tentera Israel berkaitan perang terhadap Hamas.. - Foto EPA-EFE

TEL AVIV: Beratus-ratus anggota kerahan dan pesara Tentera Udara Israel telah menandatangani surat pada 10 April mendesak pemerintah Israel supaya bersetuju perjanjian gencatan senjata dengan Hamas untuk membebaskan tebusan dan menamat perang di Gaza.

Surat itu, yang ditandatangani oleh kira-kira 1,000 orang, termasuk seorang bekas ketua staf dan mantan pemimpin kanan tentera yang lain, mencerminkan perpecahan yang semakin meningkat dalam tentera Israel berkaitan dengan penglibatan Israel dalam perang .

Ini kerana tentera udara telah menjadi bahagian penting dalam usaha Israel di Gaza, menyerang kedudukan kumpulan Hamas.

Desakan itu juga mencerminkan kebimbangan yang memuncak tentang nasib tebusan selepas gencatan senjata yang goyah antara Israel dengan Hamas tidak diteruskan selepas pertengahan Mac.

Tebusan Israel itu telah ditahan oleh Hamas di Gaza selama lebih 18 bulan.

Perang meletus apabila Hamas menyerang secara mengejut ke atas selatan Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh sekitar 1,200 orang dan menahan lebih 240 yang lain sebagai tebusan.

Akibat perang yang menelan 61,700 nyawa itu, wilayah Gaza yang mempunyai 2.3 juta penduduk, hampir musnah sepenuhnya dan menyebabkan penduduk mengalami masalah kelaparan akibat kurang atau sekatan bantuan kemanusiaan yang dikenakan tentera Israel.

Pejabat Perdana Menteri Israel membalas surat itu dengan menyatakan bahawa “kenyataan yang melemahkan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan menguatkan musuh kita semasa perang” adalah “tidak boleh dimaafkan.”

Ekoran desakan tersebut, tentera Israel berkata ia telah memutuskan untuk memecat askar-askar kerahan yang menandatangani surat itu, walaupun bilangan mereka yang diberhentikan dijangka tidak ramai.

Adalah difahamkan bahawa kebanyakan mereka yang menandatangani surat itu bukan anggota tentera. Tidak segera diketahui bila pemecatan itu akan dilaksanakan. Surat itu merupakan kritikan serius daripada tentera mengenai bagaimana perang sedang dilancarkan.

Cawangan tentera, khususnya, telah menjadi suara penentangan yang menonjol terhadap pemerintah Israel.

Juruterbang Tentera Udara mengancam untuk berhenti berkhidmat dalam tentera semasa protes di seluruh negara pada 2023 terhadap percubaan pemerintah untuk mengurangkan kuasa institusi, termasuk Mahkamah Agung, yang menentang pemerintah pimpinan Perdana Menteri Encik Benjamin Netanyahu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Encik António Guterres mengeluarkan amaran keras mengenai malapetaka kemanusiaan yang berlaku di Gaza.

Beliau juga mengkritik serangan IDF di Gaza, yang telah mengubah Gaza sebagai “medan pembunuhan, yang mungkin serupa dengan tapak di Kemboja di mana Maois Khmer Rouge melakukan keganasan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg