Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rayuan akhir Najib didengar pada 15 Ogos

May 09, 2022 | 04:02 PM



Oleh Koresponden BH dari Kuala Lumpur

 



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).



Penetapan tarikh rayuan itu dimaklumkan melalui surat bertarikh 29 April yang disediakan kepada media, dan ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Hafiizullaah Omar@ Md Salleh untuk memaklumkan tarikh bagi mendengar rayuan mantan perdana menteri itu ialah pada 15 hingga 19 Ogos dan 22 hingga 26 Ogos.



Menurut surat itu, pihak perayu dan pendakwaan turut diperintah mengemukakan hujahan bertulis sebelum pada 31 Julai ini.



Pada 8 Disember 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas atuk Seri Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.



Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Datuk Seri Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Datuk Seri Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC.



Sebelum itu, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Datuk Seri Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.



Bukti baharu yang cuba dimasukkan dalam rayuan tersebut membabitkan penglibatan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar yang dikatakan bersekongkol dengan Jho Low atau Low Taek Jho bagi memudahkan ahli perniagaan dalam buruan itu untuk menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC.



Pada 25 Januari lepas, peguam bela utama Ahli Parlimen Pekan itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk diwakili seorang Queen’s Counsel (QC) iaitu peguam kanan paling senior dan berpengalaman dari United Kingdom.



Pada tarikh yang sama, Datuk Seri Najib telah mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya mengenai mengapa beliau harus dibebaskan daripada tuduhan menyeleweng RM42 juta dalam dana SRC.



Dalam petisyen tersebut Datuki Seri Najib mendakwa Mahkamah Rayuan telah tersilap dalam fakta dan/atau undang-undang dalam mengesahkan dapatan Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap beliau atas semua tujuh pertuduhan dan memanggilnya untuk membela diri.



Petisyen rayuan yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Datuk Seri mendakwa terkilan dengan kesilapan serius dalam fakta dan undang-undang yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah dalam alasan penghakiman masing-masing secara keseluruhan, dan kecuali yang dinyatakan dengan jelas, perayu (Datuk Seri Najib) berpendirian bahawa penemuan dalam keseluruhan alasan penghakiman oleh kedua-dua mahkamah (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi) menunjukkan kesilapan yang serius.



Justeru Datuk Seri Najib menyatakan beliau akan membentangkan kesilapan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi dan tindakan pihak pendakwaan yang telah menafikan hak perayu di bawah Perlembagaan Persekutuan yang mengakibatkan ketidakadilan serius terhadapnya apabila gagal mendapatkan perbicaraan yang adil dan saksama.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >