Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Reaksi berbeza pemecatan bekas ketua Umno Selangor

Jan 30, 2023 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Pemimpin akar umbi Umno berkata keputusan parti itu memecat mantan pengerusi perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar, boleh menyulitkan parti tersebut menang pada pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.



Mereka berpandangan sekarang bukan masanya melakukan pembersihan sedang Umno negeri sibuk melakukan persiapan bagi PRN selepas ia kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) November lalu.



Seorang pemimpin akar umbi bahagian Hulu Langat, Haji Ramlan Ramli, menyuarakan kekecewaannya akan tindakan memecat Tan Sri Noh, yang banyak menurutnya berjasa kepada parti.



Beliau berkata Tan Sri Noh, yang sudah berkhidmat lebih 46 tahun dalam Umno, banyak mengorbankan tenaga dan wang bagi memastikan parti itu terus relevan.



"Saya agak terkejut dan kecewa apabila mendengar nasib yang diterima pemimpin yang kami sayangi ini. Meskipun Umno negeri kalah pada PRN 2013 dan 2018, Tan Sri Noh tidak pernah berputus asa menyatukan anggota Umno dan menyusun berbagai program bagi menarik pengundi memilih kami.



"Yang paling (saya) risau (ialah) sikap menyepi anggota akar umbi sejak akhir-akhir ini, (tetapi) membuat protes semasa PRN dengan mengundi parti lawan," katanya kepada Berita Harian.



Timbalan pengerusi Umno cawangan Taman Medan Jaya, Haji Shahrom Subuh, bagaimanapun, menyokong penuh keputusan parti itu itu demi kelangsungannya.



Beliau, yang berpegang pada prinsip taat pada parti dan kepimpinannya, bersyukur Umno kini bersih daripada sebarang perbuatan yang diumpamakannya seperti 'duri dalam daging' atau 'gunting dalam lipatan'.



"Saya sebagai pemimpin akar umbi menyokong penuh keputusan itu kerana lembaga dispilin dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mempunyai maklumat dan bukti kukuh sebelum membuat keputusan mereka.



"Kami di akar umbi ini sentiasa mendukung apa yang dibuat oleh kepimpinan parti, yang dipilih oleh kami sendiri bagi mengemudi parti ke jalan kecemerlangan,'' katanya.



Menurut Haji Shahrom, anggota Umno Selangor akan terus menyokong parti itu pada PRN tidak lama lagi. Keputusan memecat Tan Sri Noh tidak akan memberi kesan kepada Umno negeri kerana pucuk pimpinan negeri sudah ditukar kepada pemimpin baru baru-baru ini, katanya.



Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mahasiswa dan Pendidikan Pemuda Umno Malaysia, Tuan Syed Mohd Syed Nasir, berpandangan keputusan itu hanya akan melemahkan parti itu dalam usahanya hendak bangkit kembali pada PRN.



"Tindakan dan keputusan itu akan dibalas oleh rakyat dalam PRN nanti. Setiap tindakan atau strategi parti pasti akan ada kesannya. Timbal balik dan kesan yang Umno bakal terima adalah pertaruhan presidennya," katanya dalam satu kenyataan kelmarin.



Mantan Eksko Pemuda Umno, Encik Ibdilillah Ishak, pula mendakwa parti itu dijadikan 'kuda tunggangan' dan 'perisai' demi kelangsungan politik peribadi. Anggota parti, ujarnya, ditakut-takutkan dengan tindakan pemecatan dan penggantungan atas alasan mensabotaj parti.



Pemecatan dan penggantungan tidak lagi dihormati kerana pihak yang dituduh tidak diberi ruang bela diri. "Kini anggota Umno boleh menilai sendiri. Kepada Allah kita berserah," tambahnya di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >