Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Reit S’pura tutup pusat beli-belah China, elak tular virus Wuhan

Jan 28, 2020 | 05:49 PM



DANA Amanah Pelaburan Hartanah (Reit) Singapura, Sasseur Reit, telah menutup empat pusat beli-belah miliknya di China buat sementara waktu untuk mengelak penularan virus Wuhan yang telah mengorbankan lebih 100 orang.



Dua pusat beli-belah itu, di Chongqing dan Bishan, telah ditutup sejak 26 Januari manakala lagi dua pusat beli-belah, di Hefei dan Kunming, pula telah ditutup sejak 27 Januari.



“Langkah ini diambil untuk mengelak penularan koronavirus ini,” ujar pengurus Sasseur Reit itu hari ini (28 Jan).



Sementara itu, penaja Sasseur Reit, Sasseur Cayman Holding, juga telah menutup tujuh pusat beli-belah yang dimiliki atau diurusnya di China.



Pusat beli-belah yang terletak di Hangzhou, Changsha, Nanjing, Lanzhou, Xian, Guiyang dan Changchun itu ditutup secara bertahap sejak 26 Januari.



Pengurus Sasseur Reit berkata mereka akan mengumumkan bila kesemua 11 pusat beli-belah itu akan dibuka nanti, lapor akhbar The Business Times.



Pihak berkuasa China tidak mengeluarkan sebarang arahan agar pusat beli-belah ditutup.



Namun menurut pengurus Sasseur Reit, langkah tersebut diambil selepas mempertimbangkannya secara teliti.



Pengurus dan penaja Sasseur Reit berkata mereka tidak akan teragak-agak mengambil semua langkah jangka pendek yang diperlukan untuk melindungi kesihatan dan keselamatan orang ramai termasuk pengunjung, pelanggan dan kakitangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >