Rekod 96.6j kunjungi Masjidil Haram, Nabawi dalam 20 hari Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rekod 96.6j kunjungi Masjidil Haram, Nabawi dalam 20 hari Ramadan

Mar 11, 2026 | 12:12 PM

Rekod 96.6j kunjungi Masjidil Haram, Nabawi dalam 20 hari Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Saudi Arabia, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, pilgrims, jemaah, Ramadan
Seramai 96.6 juta kunjungan sepanjang 20 hari mewakili purata lebih 4.8 juta orang sehari merentasi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi - Foto EPA

RIYADH: Tempoh 20 hari pertama Ramadan 2026 telah menyaksikan jumlah jemaah yang luar biasa di dua masjid suci, dengan jumlah keseluruhan 96.6 juta anggta jemaah direkodkan di Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah.

Di Masjidil Haram di Makkah, jumlahnya dibahagikan kepada dua kategori pengunjung.

Seramai 57,595,401 anggota jemaah menghadiri solat lima waktu dan qiamullail di Masjidil Haram.

Qiamullail merupakan solat malam yang menarik ramai jemaah sepanjang Ramadan.

Secara berasingan, 15,605,086 anggota jemaah telah menunaikan ibadah umrah mereka di masjid tersebut dalam tempoh 20 hari yang sama.

Jumlah tersebut menjadikan musim umrah Ramadan 2026 antara yang paling sibuk dalam rekod.

Jika jumlah tersebut digabungkan, Masjidil Haram menerima lebih 73.2 juta pengunjung dalam tempoh 20 hari pertama bulan itu sahaja.

Di Masjid Nabawi di Madinah, seramai 21,143,259 jemaah mengerjakan solat lima waktu dan qiamullail dalam tempoh yang sama.

Di Raudhah – kawasan antara makam Nabi dengan mimbarnya, yang digambarkan dalam hadis sebagai taman dari taman syurga – mengalu-alukan 579,191 pengunjung.

Seramai 1,715,928 pengunjung lagi datang khusus untuk menziarahi makam Nabi Muhammad saw.

Untuk meletakkan angka ini dalam konteks, 96.6 juta kunjungan sepanjang 20 hari mewakili purata lebih 4.8 juta orang sehari merentasi kedua-dua tempat suci tersebut.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Penguasa Perbandaran Makkah dan Madinah telah menggerakkan lebih 18,000 kakitangan serta hampir 6,000 kenderaan operasi dan peralatan di bawah pelan operasi intensif sempena bermulanya 10 hari terakhir Ramadan.

Saudi Press Agency (SPA) melaporkan menerusi pelan ini Kementerian Perbandaran dan Perumahan telah mempertingkatkan kesiapsiagaan bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah dan ziarah, sekali gus membolehkan mereka beribadah dalam persekitaran yang selamat dan teratur.

Pihak Berkuasa Perbandaran Suci Makkah telah menugaskan lebih 13,000 kakitangan yang bertugas sepanjang masa bagi menyokong kegiatan pembersihan dan operasi di Masjidil Haram.

Ia disokong oleh sistem bersepadu kenderaan dan peralatan khusus untuk mengekalkan kebersihan serta memudahkan pergerakan umrah dan ziarah.

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menasihati pelawat ke Masjidil Haram supaya mengikuti garis panduan tawaf yang diluluskan sekali gus membantu mengekalkan kelancaran aliran di Mataf dan membolehkan jemaah umrah menyelesaikan ibadah mereka dengan lancar dan tenang.

Kementerian itu menjelaskan bahawa tingkat bawah Mataf telah dikhaskan secara eksklusif untuk menunaikan umrah bagi melancarkan tawaf dan membolehkan jemaah melaksanakan ibadah mereka dengan selesa, lapor SPA.

Kementerian menggalakkan pengunjung Masjidil Haram supaya menyemak keadaan orang ramai sebelum menunaikan umrah dan memilih tingkat yang sesuai untuk tawaf dan sa’i menerusi pautan https://alharamain.gov.sa/public/?module=module_794625.

Selain itu, pelawat boleh merujuk ‘Umrah and Visit Guide’ (panduan umrah dan lawatan), yang menggariskan arahan tawaf dan garis panduan operasi lain sebagai sebahagian daripada sistem kesedaran komprehensif yang direka untuk menjadikan ibadah lebih mudah dan lebih tenang di pautan https://haj.gov.sa/en/Awareness-Center/Awareness-Guides/Umrah-and-Visit-Guide – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg