Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Remaja antara 5 ditangkap dalam operasi dadah CNB

May 18, 2023 | 05:30 AM



LIMA suspek pesalah dadah, termasuk seorang berusia 16 tahun, telah ditangkap di bawah operasi antidadah semasa dua serbuan antidadah berasingan yang dijalankan pada Isnin, kata Biro Narkotik Pusat (CNB).



Kira-kira 2,797 gram (g) heroin, 3,361g ganja, 384g methamphetamine (Ice), 43 tablet Ecstasy dan 162 tablet Erimin-5, dengan harga anggaran berjumlah $360,900 dirampas semasa operasi tersebut.



Jumlah dadah dirampas cukup bagi memenuhi ketagihan 2,030 pesalah dadah selama seminggu, kata CNB.



Semasa serbuan pertama, pegawai menahan empat warga Singapura di sekitar Senja Road.



Tangkapan pertama, seorang lelaki berumur 33 tahun, ditahan di tangga blok kediaman, atas kesalahan pengedaran dadah.



Kira-kira 965g heroin dan 24g Ice dijumpai setelah suspek ditahan.



Pegawai kemudian menyerbu sebuah flat di blok sama.



Tiga penghuni berumur 16, 17 dan 39 tahun telah ditahan atas kesalahan dadah.



Pegawai CNB terpaksa masuk secara paksa setelah penghuni enggan mematuhi arahan pegawai untuk membuka pintu, kata CNB.



Pegawai kemudian menemui seorang lelaki berumur 39 tahun di tandas, di mana dia disyaki membuang dadah dalam tandas.



Sekitar 1,841g heroin, 331g Ice, 43 tablet Ecstasy, 162 tablet Emirin-5, pelbagai peralatan dadah dan senjata dirampas dari unit flat tersebut.



Semasa serbuan kedua, seorang lelaki warga Singapura, 26 tahun, ditahan CNB, setelah dia disyaki mengedar dadah di sekitar Serangoon North Avenue 1.



Kira-kira 10g Ice ditemui dengan lelaki itu.



Setelah dia dibawa ke sebuah flat, 19g Ice, 3,361g ganja, peralatan dadah, dan e-rokok yang digunakan untuk menyedut pod itu telah dirampas dalam flat tersebut.



Pengedaran dadah dan melakukannya bagi pihak orang lain adalah satu kesalahan, kata CNB.



Ia juga satu kesalahan untuk menjalankan atau menawarkan untuk melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan mengedar dadah.



Seseorang yang didapati bersalah mengedar lebih 250g Ice atau 500g kanabis berdepan hukuman mati mandatori.



Siasatan terhadap aktiviti dadah kesemua suspek yang ditahan sedang dijalankan.



Singapura mempunyai dasar sifar toleransi terhadap dadah terkawal seperti heroin, Ice dan ganja, tambah CNB.



Dadah terlarang menimbulkan ketagihan dan memusnahkan nyawa, keluarga dan komuniti, kata CNB.



Mengimport dan mengeksport, memiliki, menjual dan guna dadah terkawal atau produk yang kandungi dadah terkawal adalah satu kesalahan, kata CNB lagi.



CNB menggesa ibu bapa untuk memainkan peranan aktif bagi melindungi belia daripada dadah.



CNB juga ingatkan anak-anak bahawa mereka tidak boleh mengambil atau menerima produk yang tidak diketahui atau ditawarkan oleh orang yang tidak dikenali.



Terdapat produk yang mungkin dipasarkan sebagai produk kesihatan, dan mengandungi rami, minyak biji rami, minyak CBD, minyak ganja atau didakwa tidak mengandungi tetrahydrocannabinol (THC).



Orang ramai boleh menghubungi talian CNB di 1800-325-6666 untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan sekiranya mereka terjumpa produk atau makanan yang disyaki mengandungi dadah, atau sekiranya anak mereka disyaki terlibat dengan dadah.



Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan dadah boleh membuat laporan kepada CNB dengan menghubungi 1800-325-6666 atau di https://www.eservices.cnb.gov.sg/feedback.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >