Topic followed successfully
Go to BHkuRiau perangi sindiket minyak bersubsidi susuli lonjakan harga minyak dunia
Riau perangi sindiket minyak bersubsidi susuli lonjakan harga minyak dunia
Beberapa agensi perketat kawalan di lokasi sempadan yang dianggap berisiko tinggi
May 13, 2026 | 1:08 PM
Riau perangi sindiket minyak bersubsidi susuli lonjakan harga minyak dunia
Puluhan tan bahan api bersubsidi dirampas Polis Riau dalam operasi besar-besaran membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak subsidi di beberapa daerah di wilayah itu pada akhir April lalu.Operasi itu dilaksanakan ketika pihak berkuasa Indonesia memperketat pengawasan di kawasan sempadan susulan kebimbangan peningkatan aktiviti penyeludupan akibat lonjakan harga minyak dunia dan ketegangan geopolitik di Asia Barat. - Foto Polda Riau
BATAM: Polis di wilayah Kepulauan Riau memperketat operasi membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi di kawasan sempadan menyusuli kebimbangan peningkatan kegiatan perdagangan haram akibat lonjakan harga minyak dunia yang dipengaruhi ketegangan di Asia Barat.
Ketua Polis Kepulauan Riau, Inspektor Jeneral Asep Safrudin, berkata langkah itu dilaksanakan atas arahan langsung Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, bagi memastikan minyak subsidi tidak diseludup ke luar negara itu.
Laporan berkaitan
Riau dilanda kekurangan bahan apiMay 6, 2026 | 2:49 PM
Feri dari S’pura ke Batam kenakan bayaran tambahan $6Mar 25, 2026 | 3:58 PM
