BATAM: Polis di wilayah Kepulauan Riau memperketat operasi membanteras penyeludupan bahan api bersubsidi di kawasan sempadan susulan kebimbangan peningkatan aktiviti perdagangan haram akibat lonjakan harga minyak dunia yang dipengaruhi ketegangan di Asia Barat.

Ketua Polis Kepulauan Riau, Inspektor Jeneral Asep Safrudin, berkata langkah itu dilaksanakan atas arahan langsung Ketua Polis Negara Indonesia, Jeneral Listyo Sigit Prabowo, bagi memastikan minyak subsidi tidak diseludup ke luar negara.