Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ribut salji landa New York, Biden luluskan sokongan kecemasan

Dec 29, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON DC: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah membenarkan sokongan pihak persekutuan membantu negeri New York yang dilanda ribut salji terburuk abad ini, yang menyaksikan lebih 30 orang maut di kawasan Buffalo dan puluhan ribu penduduk tanpa bekalan elektrik, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.



Di New York, pihak berkuasa menggambarkan keadaan sangat teruk, terutama di Buffalo, dengan ketiadaan bekalan elektrik berjam-jam, mayat ditemui beku di dalam kenderaan dan di bawah tebing salji.



Kakitangan kecemasan terpaksa memeriksa dari satu ke satu kereta bagi mencari lebih ramai pemandu, sama ada hidup atau mati.



Keadaan di seluruh Amerika dilihat getir dengan sebahagian penduduk masih terperangkap di rumah - dari Maine ke negeri Washington, dengan jumlah kematian meningkat di seluruh Amerika kepada lebih 50 orang, lapor USA Today, kelmarin.



Keadaan ribut salji yang buruk, udara sejuk dan angin serta suhu di bawah sifar juga memaksa pembatalan lebih 15,000 penerbangan Amerika dalam beberapa hari kebelakangan ini, termasuk sekurang-kurangnya 2,600 semalam, menurut laman penjejakan Flightaware.com.



Buffalo, sebuah bandar di Erie County yang tidak asing dengan cuaca musim sejuk melampau, menjadi pusat krisis selepas tertimbus di bawah timbunan salji yang mengejutkan.



"Sudah tentu ia adalah ribut salji terburuk abad ini," kata Gabenor, Cik Kathy Hochul, kepada wartawan sambil menyatakan masih terlalu awal untuk menganggap ribut itu sudah reda.



Katanya, beberapa bandar New York di barat dilanda salji setinggi 0.75 hingga satu meter bermula malam Hari Natal.



Dalam pada itu, Encik Biden dan isteri, Cik Jill Biden, menurut kenyataan Rumah Putih, merakamkan ucapan takziah kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga akibat ribut itu.



Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan meramalkan tambahan 0.35 meter ketebalan permukaan salji pada Isnin lalu, yang menyebabkan bandar itu tertimbus salji, dengan pegawai bergelut mendapatkan perkhidmatan kecemasan kembali dalam talian.



Eksekutif Erie County, Encik Mark Poloncarz, pada taklimat media menyatakan beliau "luluh" melaporkan angka kematian berkaitan ribut salji, yang meningkat kepada 31 mangsa di seluruh daerahnya kelmarin.



"Jumlah kematian Erie mungkin akan melebihi jumlah ribut salji Buffalo pada 1977, apabila 29 orang disahkan terkorban. Kami menjangkakan akan ada lebih banyak kematian akibat ribut yang berterusan," katanya.



Berdasarkan ramalan ribut saji, kebanyakan kawasan sekitar Buffalo "tidak dapat dilalui", dan beliau mengulangi gesaan Cik Hochul supaya penduduk tidak keluar ke mana-mana.



Cuaca melampau itu menyebabkan suhu di bawah paras beku di semua 48 negeri di Amerika pada hujung minggu, termasuk Texas di sepanjang sempadan Mexico di mana beberapa pendatang yang baru tiba bergelut mencari perlindungan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >