Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ribut taufan yang tidak dikesan jejas penerbangan Scoot pada 2024

Butiran siasatan didedahkan kepada umum dalam laporan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB)
Oct 18, 2025 | 3:28 PM
Scoot, gangguan, penerbangan
Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kemalangan. - Foto TM

Gelora udara yang melanda penerbangan Scoot dari Singapura ke Guangzhou di China pada September 2024 yang mencederakan dua orang, berkemungkinan disebabkan oleh ribut taufan yang tidak dikesan pada radar cuaca pesawat.

Penerbangan TR100 yang membawa 339 penumpang dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun, dilanda gegaran semasa menurun sekitar 8.40 pagi pada 6 September 2024. Papan tanda tali pinggang keledar tidak hidup ketika itu.

Walaupun Taufan Super Yagi melanda di Guangdong – yang merupakan ibu kota Guangzhou – ia masih jauh dan tidak menyumbang kepada masalah gelora udara itu, menurut The Straits Times.

Butiran tersebut didedahkan kepada umum dalam laporan Biro Penyiasatan Keselamatan Pengangkutan (TSIB) bertarikh 4 Oktober. TSIB, sebuah jabatan di Kementerian Pengangkutan, klasifikasikan kejadian itu sebagai kemalangan.

Ribut taufan, yang melanda di belakang jet badan lebar Boeing 787-9 Dreamliner, tidak dikesan oleh radar cuacanya.

Taufan tersebut juga tidak kelihatan dari tingkap kokpit.

Garis panduan yang telah Scoot semak semula menyatakan bahawa papan tanda tali pinggang keledar mesti dihidupkan dari peringkat berlepas sehingga pesawat menamatkan pendakiannya dan apabila pesawat mula menurun sehingga mendarat.

Scoot juga mengeluarkan arahan pada 14 Oktober 2024, menghendaki kru penerbangan dan kabin mengingatkan penumpang supaya mengekalkan tali pinggang keledar semasa duduk dan mengelak bergerak apabila papan tanda dihidupkan, menurut laporan itu.

Mulai 1 November 2024, syarikat penerbangan itu meletakkan aplikasi ‘Turbulence Aware’ oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pada tablet atau komputer riba yang digunakan oleh juruterbang. Platform ini menyediakan data masa nyata tentang gelora di udara.

Penerbangan TR100 adalah penerbangan yang agak lancar, dengan hanya berlaku gelora ringan, kata laporan itu, dan dua juruterbangnya tidak melihat sebarang cuaca buruk pada radar atau sepanjang laluan penerbangan.

Memandangkan radar cuaca masih jelas dan pesawat belum mencapai ketinggian 10,000 kaki, juruterbang tidak menghidupkan semula tanda tali pinggang keledar walaupun pesawat mula turun.

Pada kira-kira 8.45 pagi, ketika pesawat itu turun dari ketinggian 18,700 kaki, gelora melanda. Juruterbang menghidupkan tanda tali pinggang keledar sebaik sahaja ia berlaku.

11 orang cedera, termasuk 10 daripada 11 kru kabin.

Dua daripada mereka - seorang penumpang dan kru kabin - cedera parah. Sembilan kru kabin mengalami kecederaan ringan.

Penumpang tersebut menjalani pembedahan di hospital di Guangzhou kerana patah tulang belakang lumbar di bahagian bawah punggung, manakala kru kabin mengalami patah kaki kanan dan dibedah di Singapura.

Menjawab soalan The Straits Times, jurucakap Scoot berkata syarikat penerbangan itu “memohon maaf kepada semua pelanggan atas pengalaman (mereka) dalam penerbangan TR100 pada 6 September 2024, yang mengalami gelora yang tidak dijangka”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg