Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ringgit lemah dijangka pikat pelancong walau kadar hotel M’sia naik 30% 2024

Nov 24, 2023 | 03:10 PM



KUALA LUMPUR: Dengan Malaysia menaikkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada awal 2024, kadar bilik hotel di seluruh negara juga dijangka meningkat pada 2024 – dalam beberapa kes, sebanyak 30 peratus.


Cik Christina Toh, presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), berkata kadar yang lebih tinggi itu bukan disebabkan SST lebih tinggi sahaja, yang dijangka meningkat kepada 8 peratus, daripada 6 peratus sekarang.

Beliau menambah bahawa ramai pengusaha hotel berasa tekanan daripada kos operasi yang lebih tinggi, disebabkan rantaian bekalan bersepadu.

Walaupun SST tidak meliputi kategori tertentu, seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi, beliau menyatakan bahawa tindak balas berantai daripada segi kenaikan harga akan berlaku dalam pelbagai sektor ekonomi, termasuk hospitaliti.

“Tidak kira bagaimana pihak hotel memberi tindak balas, kesannya akan dirasai di seluruh industri dan dijangka mempengaruhi kadar bilik,” kata Cik Toh pada awal November.

Penganalisis industri, bagaimanapun, berkata walaupun pelancong domestik di Malaysia berkemungkinan berasa kesan kadar yang lebih tinggi, impak ke atas pasaran antarabangsa adalah minimum disebabkan nilai ringgit yang lebih lemah.

Ringgit adalah salah satu mata wang yang berprestasi paling teruk di Asia pada 2023.

Pada akhir Oktober, ringgit mencapai paras terendah sepanjang masa pada kadar RM3.50 berbanding sedolar Singapura dan RM4.79 berbanding AS$1.

Menurut perangkaan terkini daripada Statista Research, terdapat kira-kira 5,170 hotel di Malaysia. Kadar harian bilik purata bagi hotel empat bintang biasa pada 2022 ialah RM221 ($64).

Encik Mint Leong, timbalan presiden Persatuan Pelancongan Dalam Negara Malaysia, mengatakan bahawa kadar bilik yang lebih tinggi akan memberi kesan minimum kepada industri pelancongan secara keseluruhan, kerana “mood perbelanjaan yang belum puas belum berakhir”.


“Keadaan telah berubah selepas pandemik (Covid-19). Hotel yang memenuhi keperluan kumpulan pelancong yang lebih besar sedang terkial-kial meningkatkan kadar penghunian mereka, dan hotel empat bintang dan lima bintang yang menyaksikan peningkatan permintaan (daripada pelancong asing),” katanya kepada akhbar, The Business Times.


Encik Leong berkata sebelum pandemik Covid-19, pasaran pelancongan Malaysia didominasi oleh kumpulan pelancong yang besar, terutama dari China.

“Selepas pandemik, kami melihat peningkatan bilangan kumpulan pelancong yang lebih kecil, dengan kegiatan bebas dan mudah untuk memuaskan mereka.

“Mereka cenderung untuk tinggal lebih lama dan tidak kisah membayar lebih untuk hotel yang lebih baik.”

Encik Ivan Teo, pengerusi bahagian Johor MAH, berkata beliau tidak menjangkakan kemerosotan pelancong asing pada 2024, memandangkan kadar bilik hotel Malaysia masih lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini.

Beliau berpendapat kesan daripada kadar bilik lebih tinggi pada 2024 adalah pada jangka pendek, kerana lebih ramai pelancong akan terbiasa dengan harga baru itu.

Yang lebih penting, tambahnya, ialah pengusaha hotel melabur lebih banyak dan menawarkan perkhidmatan dan kemudahan lebih baik untuk menarik penginap sepanjang tahun.

“Mereka yang tidak dapat menaik taraf bangunan mereka, selepas kenaikan harga, akan kehilangan pelanggan kepada orang lain. Inilah cabaran sebenar yang dihadapi pengusaha hotel Malaysia.”

Encik Sri Ganesh Michiel, presiden Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia, tidak berasa kadar akan naik sebanyak 30 peratus.

Sebaliknya, beliau berpendapat sebarang peningkatan akan dilakukan secara beransur-ansur kerana “persaingan sengit” antara hotel akan mengehadkan jumlah kenaikan.

“Industri perhotelan sedang bersaing dengan banyak penyedia penginapan jangka pendek, jadi kami perlu berhati-hati dalam menaikkan kadar kami, kerana kami tidak mahu kehilangan pelanggan kami,” katanya.

Kecuali Pulau Pinang, terdapat sedikit atau tiada peraturan bagi pengendali penginapan jangka pendek di tempat lain di Malaysia.

Mereka juga bebas daripada pelbagai kos pematuhan, seperti SST, dan boleh memberikan kadar lebih rendah, kata Encik Michiel.

Walaupun tidak dapat memberi anggaran harga hotel bajet di Malaysia kerana peraturan antimonopoli, beliau berkata kadar itu boleh serendah RM50 satu malam di beberapa bandar.

Cik Teo berpendapat hotel bajet akan rasai kesan daripada sebarang kenaikan kadar secara menyeluruh, kerana pelanggan segmen ini biasanya lebih sensitif pada harga dan boleh beralih kepada pilihan penginapan pendek, seperti pasaran dalam talian Airbnb.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >