Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Perlu kerjasama kembalikan semula Langkawi sebagai destinasi pilihan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Perlu kerjasama kembalikan semula Langkawi sebagai destinasi pilihan

Nov 19, 2023 | 05:30 AM



LANGKAWI: Pulau Langkawi yang terkenal di dalam dan luar negara mulai menjadi perhatian apabila ada pihak menggambarkan Langkawi sunyi seperti ‘bandar zombie’.


Hakikatnya, terdapat banyak faktor mengapa pelancong kurang mengunjungi Langkawi, tetapi yang paling jelas ialah cuaca.

Memandangkan sekarang Malaysia sedang mengalami musim tengkujuh susulan kemunculan Monsun Timur Laut, tentu sekali ia memberi kesan langsung kepada Langkawi.

Selain faktor cuaca, kemerosotan pengunjung besar kemungkinan disebabkan peralihan pelancong ke destinasi lain di utara Semenanjung dan Thailand seperti ke Hat Yai dan Krabi.

Peralihan itu berlaku disebabkan kos perbelanjaan lebih rendah dan pengaruh hospitaliti di Thailand yang dikatakan lebih baik serta mesra pelancong.

Melihat keadaan semasa serta isu timbul di media sosial seperti harga bilik hotel serta makanan yang mahal, demi mengelak ekonomi usahawan dan peniaga di Langkawi terjejas, kerjasama semua pihak diperlukan untuk pulih kembali keadaan.

Pengusaha, usahawan dan peniaga perlu melakukan gerakan dan kempen agresif mencari jalan keluar serta mengambil peluang untuk menambah baik kelemahan yang wujud.

Paling penting, kempen dan promosi menarik perlu dipergiatkan untuk menarik pelancong berkunjung ke Langkawi. Antara aspek perlu ditumpukan adalah;

– Pengangkutan: Perkhidmatan feri perlu dipantau, disusun, diperkemas dan ditambah baik. Pemantauan jadual pergerakan berkala dan teratur perlu dilakukan supaya pengunjung dapat merancang perjalanan mereka.

– Penerbangan terus ke Langkawi wajar lebih kerap untuk bantu meningkatkan kedatangan pengunjung pada waktu kini dan masa hadapan.

– Promosi: Usaha mempromosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan boleh ditingkatkan menerusi kerjasama antara Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Lembaga Penggalakan Malaysia (Tourism Malaysia) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada).

Langkawi perlu terus dipromosi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia dengan memperkenalkan daya tarikan baru iaitu ‘Eagle-Nest’ dan Pulau Selam ‘Snorkel’ di Pulau Singa yang bakal beroperasi Disember ini.
Status Langkawi sebagai tapak geowarisan juga perlu dipertingkatkan kerana ia satu-satunya di Asia Tenggara.

– Peniaga dan usahawan: Mereka perlu menilai semula mutu perkhidmatan serta produk yang ditawarkan supaya harga itu mampu bersaing secara kompetitif dengan apa yang ditawarkan di negara jiran.

Langkah lain perlu dilaksanakan adalah dengan mengadakan bengkel jangka masa pendek mengenai pengurusan hospitaliti pelancongan kerana ia batu loncatan yang dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengusaha dan peniaga.

Persatuan dan ejen pelancongan, pengusaha, komuniti berasas pelancongan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) patut membantu mempromosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan hebat.

Hanya dengan kerjasama semua pihak secara langsung atau tidak langsung mampu mengembalikan semula Langkawi sebagai destinasi pilihan pelancongan dunia setanding dengan pulau peranginan yang wujud di rantau ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Pada masa sama, seorang Ahli Parlimen (AP) kerajaan telah mencadangkan supaya Langkawi dijadikan Wilayah Persekutuan keempat di negara ini, bagi memastikan pulau pelancongan itu diletakkan terus bawah pentadbiran kerajaan pusat.

Encik Chong Zhemin (Pakatan Harapan-Kampar) berkata tindakan itu boleh memajukan Langkawi yang kini dilaporkan mengalami penurunan kedatangan pelancong sehingga menjejas perkhidmatan di situ, termasuk kedai makan dan kenderaan sewa.

Beliau berkata pihaknya melihat kerajaan negeri (Kedah) sebagai tidak mempunyai cara untuk meningkatkan kedatangan pelancong ke Langkawi.

Beliau turut mempersoalkan sama ada dasar pelancongan Langkawi tidak mesra pelancong sehingga media melaporkan hanya 10 peratus daripada hotel bertaraf tiga bintang di Langkawi menerima tempahan menjelang cuti Deepavali kali ini, lapor BHM.

Namun, laporan terkini menyatakan bahawa lebih 10,000 pelancong mengunjungi pulau itu untuk bercuti sempena perayaan Deepavali, sekali gus menepis dakwaan sesetengah pihak mengatakan sektor pelancongan di pulau itu sedang tenat.

Daripada jumlah itu, seramai 6,252 pelancong tiba di pulau itu menerusi perkhidmatan feri penumpang, 675 menggunakan feri penumpang/kenderaan dan selebihnya 3,500 (penerbangan).

Pengurus Hotel Adya Langkawi, Syed Muhammad Firdaus Syed Putra, pula berkata kadar tempahan bilik penginapan hotel di pulau itu mencecah 70 peratus sempena musim cuti Deepavali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >