Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rohingya desak Myanmar henti keganasan pada ulang tahun pelarian

Aug 26, 2024 | 12:34 PM
Pelarian Rohingya berhimpun di Cox’s Bazar, Bangladesh, pada 25 Ogos, ulang tahun ketujuh mereka melarikan diri dari Myanmar, daripada kekerasan tentera pada 2017.
Pelarian Rohingya berhimpun di Cox’s Bazar, Bangladesh, pada 25 Ogos, ulang tahun ketujuh mereka melarikan diri dari Myanmar, daripada kekerasan tentera pada 2017. - Foto REUTERS

DHAKA: Puluhan ribu pelarian Rohingya berhimpun di kem di Bangladesh pada 25 Ogos, ulang tahun ketujuh tindakan keras tentera yang memaksa mereka melarikan diri, menuntut dihentikan keganasan dan membenarkan mereka kembali dengan selamat ke Myanmar.

Lebih sejuta orang Rohingya tinggal di kem-kem kotor dan buruk di selatan Bangladesh dengan peluang tipis untuk pulang ke negara yang menafikan kewarganegaraan mereka berserta hak lain.

Beribu-ribu lagi dipercayai telah melarikan diri dari Rakhine di Myanmar sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, ketika pertempuran semakin meningkat antara tentera pemerintah junta ddengan Tentera Arakan, militia etnik kuat yang merekrut daripada kaum majoriti Buddha.

Pelarian, terdiri daripada kanak-kanak hingga warga tua, melambai-lambai sepanduk dan melaungkan slogan di kem di Cox’s Bazar, dengan ramai memakai reben tertera perkataan, ‘Peringatan Genosid Rohingya’.

“Harapan ialah pulang ke rumah” dan “Kami Rohingya adalah warga Myanmar,” tertulis pada poster yang mereka pegang.

“Cukuplah. Hentikan keganasan dan serangan ke atas masyarakat Rohingya,” kata seorang pelarian, Encik Hafizur Rahman.

Serangan terkini adalah keganasan terburuk terhadap kaum Rohingya sejak kempen pimpinan tentera Myanmar pada 2017, yang digambarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai mempunyai niat membunuh, memaksa lebih 73,000 orang melarikan diri merentasi sempadan Bangladesh.

Bangladesh, yang padat dengan penduduk, berkata menghantar pulang pelarian itu ke Myanmar adalah satu-satunya penyelesaian.

Masyarakat tempatan semakin bermusuhan terhadap mereka kerana dana untuk masyarakat Rohingya telah kehabisan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg