Ronaldo rai Hari Kebangsaan Saudi dengan pakaian tradisional
Ronaldo rai Hari Kebangsaan Saudi dengan pakaian tradisional
RIYADH: Cristiano Ronaldo, kapten Al Nassr, mengucapkan selamat Hari Kebangsaan ke-95 kepada rakyat Arab Saudi pada 23 September dengan berkongsi mesejnya di Instagram dengan kata-kata penuh kemesraan.
“Selamat Hari Kebangsaan kepada semua warga Arab Saudi! Mengharapkan anda menyambutnya dengan penuh kebanggaan, perpaduan dan perayaan bersama orang tersayang anda,” tulis Ronaldo.
Bersama-sama dengan hantarannya itu, Ronaldo berkongsi video berdurasi 52 saat mengenai budaya dan gaya hidup Saudi.
Penyerang itu berkata bahawa Saudi adalah tempat yang hebat untuk didiami, dan “bagi saya perkara yang paling istimewa adalah ia adalah negara yang selamat!”
“Saya fikir mereka mempunyai banyak perkara untuk dilakukan ... pelancongan sangat bagus. Sekolah untuk kanak-kanak sangat bagus. Tempat-tempat tarikan pelancongan sangat cantik.
“Saya mengesyorkan agar orang ramai yang tidak mengenali Arab Saudi datang melawat kerana pelancongan adalah hebat dan budayanya menakjubkan,” katanya.
Ronaldo bukan sahaja seorang pemain bola sepak terkemuka dunia tetapi juga seorang tokoh global.
Beliau menyertai Al Nassr pada Disember 2022, dan sejak itu, beliau menjadikan Arab Saudi sebagai rumahnya.
Liga Roshn Saudi adalah “baik” dan “menjadi tugas kami untuk datang ke sini, dan bermain bola sepak.”, tambahnya yang berusia 40 tahun.
Pemain antarabangsa Portugal itu berkongsi imej dirinya memakai pakaian Saudi, kandura tradisional putih dengan selendang hijau dan putih (warna bendera Saudi) di leher dan bahunya, dalam satu catatan yang ditonton lebih 15.5 juta kali.
Beliau turut berkongsi gambar dirinya dengan jurulatih Al-Nassr, Jorge Jesus, yang juga memakai pakaian tradisional Saudi
Hantarannya cepat tersebar dalam kalangan peminat di seluruh dunia.
Catatan Instagramnya mendapat kira-kira 748,000 kilk suka dalam tempoh enam jam.
Catatannya di X pula mendapat 307,000 suka, 33,000 tweet semula dan 7,300 komen.
Ronaldo menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baru bernilai sekitar £492 juta ($861.5 juta) untuk tempoh dua tahun pada Jun lalu.
Beliau menikmati kenaikan gaji untuk kekal bersama Al-Nassr sehingga usia 42 tahun, dengan gaji asas mencecah £488,000 sehari. - Agensi berita

