Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ronaldo tandatangan kontrak termahal dalam sejarah sukan

Jun 27, 2025 | 12:31 PM
Cristiano Ronaldo, Al-Nassr
Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baru bernilai sekitar £492 juta ($861.5 juta) untuk tempoh dua tahun. - Foto REUTERS

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baru bernilai sekitar £492 juta ($861.5 juta) untuk tempoh dua tahun.

Legenda Portugal berusia 40 tahun itu menikmati kenaikan gaji untuk kekal bersama Al-Nassr sehingga usia 42 tahun, dengan gaji asas mencecah £488,000 sehari.

Menurut laporan SunSport yang dipetik Sinar Harian, bekas penyerang Manchester United itu turut menerima pelbagai keistimewaan untuk menjadi ‘duta impian’ bagi Arab Saudi yang kaya-raya, menjadikan jumlah pendapatannya melebihi setengah bilion pound sepanjang dua tahun kontrak tersebut.

Selain gaji tahunan sebanyak £178 juta, Ronaldo turut menerima bonus menandatangani kontrak bernilai £24.5 juta yang akan meningkat kepada £38 juta jika beliau mengaktifkan tahun kedua dalam kontrak itu.

Sumber dalam Liga Pro Saudi mendedahkan, Ronaldo turut diberikan pegangan saham sebanyak 15 peratus dalam kelab Al-Nassr, bernilai sekitar £33 juta.

Beliau juga berpeluang menerima bonus sebanyak £4 juta jika memenangi Kasut Emas dan tambahan £8 juta sekiranya Al-Nassr menjuarai liga, menjadikan jumlah keseluruhan yang bakal diraih melebihi £500 juta.

Di luar padang, kehidupan Ronaldo sekeluarga turut dijaga dengan penuh kemewahan.

Sebanyak 16 orang kakitangan akan bekerja sepenuh masa untuk beliau - termasuk tiga pemandu, empat pembantu rumah, dua tukang masak, tiga tukang kebun dan empat pengawal keselamatan - semuanya ditanggung oleh Al-Nassr dengan kos sekitar £1.4 juta.

Selain itu, beliau turut diberikan kemudahan jet peribadi serta peluang penajaan bersama syarikat-syarikat di Arab Saudi yang dianggarkan mencecah £60 juta.

Menurut sumber, pihak pengurusan liga sangat bimbang jika bekas pemain Real Madrid itu meninggalkan kelab, lebih-lebih lagi ketika jendela perpindahan lalu yang menyaksikan cubaan beberapa kelab untuk mendapatkan khidmatnya, termasuk ke Piala Dunia Kelab.

Namun, selepas Ronaldo menandatangani kontrak baru itu, mereka menarik nafas lega.

“Pemilik kelab tahu bahawa Ronaldo ialah wajah utama liga. Dialah individu yang menarik perhatian ramai bintang dan sorotan media. Mereka perlu mengekalkannya walau apa pun,” kata sumber itu kepada SunSport.

“Ronaldo sedar akan perkara itu, dan mereka perlu ‘melimpahkannya dengan emas’ untuk memastikan dia kekal, dengan menawarkan lebih banyak wang, faedah dan bonus berbanding perjanjian terdahulu. Bagi mereka, dia adalah pemain terbaik dalam sejarah bola sepak.

“Cristiano memperoleh hampir segala yang dimahukannya, termasuk pegangan pemilikan kerana mereka mahu dia kekal sebagai pengaruh besar dalam menarik pemain, penaja dan perhatian global walaupun selepas bersara.

“Kehadirannya sangat penting, bukan sahaja untuk Al-Nassr, tetapi untuk keseluruhan Liga Pro Saudi. Tanpa dia, ia akan menjadi satu tamparan hebat buat kami. Sekarang, dia adalah aset termahal kami dan kami perlu menjaganya sepenuhnya, walaupun ia memerlukan bayaran yang tinggi.”

“Pengaruh dan kehadirannya amat bernilai. Al-Nassr sedar bahawa Ronaldo ialah duta terbaik mereka individu yang menjadikan nama kelab itu dikenali di peringkat antarabangsa serta membuka banyak peluang perniagaan dalam dan luar Arab Saudi,” kata sumber itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg