Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Ruang kotor, najis tikus di dapur, dua restoran KL diarah tutup

Oct 19, 2023 | 11:00 AM



KUALA LUMPUR: Dua premis makanan diarah tutup operasi berikutan tahap kebersihan tidak memuaskan dalam Operasi Sepadu Bersih sekitar Kuala Lumpur pada Rabu.


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan dalam satu kenyataan tindakan itu dikenakan selepas premis terbabit didapati mengambil sikap sambil lewa dalam hal kebersihan.

“Ini termasuk meletakkan makanan mentah di atas lantai, terdapat kesan semut berkerumun dan najis tikus di bahagian dapur dan lorong belakang premis dijadikan tempat penyediaan makanan.

“Arahan tutup operasi dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan28(1) WPKL 2016,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


DBKL berkata operasi pada Rabu itu dilaksanakan 52 petugas daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar di 41 premis di Bandar Baru Seri Petaling, Jalan Pasai, Jalan Radin Anum 2, Jalan Dutamas 1 dan L2 Hartamas Shopping Centre.

Operasi serupa turut dijalankan di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru, Jalan Ampang dan di Jalan Landak serta Jalan Brunei.

“Pada operasi itu, kita turut mengeluarkan 57 kompaun atas pelbagai kesalahan kerana didapati melanggar Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan WPKL 2016, Undang-Undang Kecil Pengendali Makan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan penguatkuasaan dikenakan terhadap premis-premis terbabit kerana gagal mematuhi kehendak-kehendak kesihatan.

“Ini termasuk pemilik dan pekerja gagal mendapatkan suntikan tifoid dan menghadiri kursus pengendali makanan, tidak memasang perangkap minyak dan perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik menyebabkan ia tersumbat dan berbau,” katanya.

Kesalahan lain yang dikesan ialah lantai dan dinding di ruang dapur kotor dan berdaki hitam serta lesen perniagaan tamat tempoh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >