Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Lambakan warga asing kuasai perniagaan di M’sia membimbangkan

Aug 27, 2023 | 05:32 AM



Bukit Bintang pasti begitu sinonim dalam kalangan warga Singapura sebagai antara lokasi tumpuan pelancong di ibu kota Kuala Lumpur.

Bagi yang pernah ke sana, tentunya maklum lokasi itu ibarat kota kecil Arab lantaran limpahan premis makanan yang menyajikan aneka menu menarik dari negara Timur Tengah itu.

Baru-baru ini, nama Bukit Bintang tiba-tiba tular gara-gara sebuah premis menjual manisan Arab disita selepas pihak berkuasa menerima aduan awam mengenai kelainan yang cuba dijadikan tarikan oleh pengusaha perniagaan itu.

Deretan kedai makanan Arab yang beroperasi secara meluas di situ pasti membuatkan ramai tidak menyangka ada antaranya tidak berlesen pun walau telah bertahun mencari rezeki di situ.

Dengan lokasi strategik di tengah bandar raya, kedai yang diberi nama Zaitoun itu sebelum ini tular di media sosial lantaran menghendaki pelanggannya ‘bergelek’ terlebih dahulu sebagai syarat untuk mendapatkan manisan percuma.

Lumrah apabila tular di media sosial, maka berlumba-lumbalah yang pergi untuk merasa sendiri keenakan manisan dijual terutama yang paling popular, ‘kunafa’ dan ‘baklava’.

Ada pelanggan yang begitu terbuka untuk memenuhi syarat itu, malah ada juga yang mengecam, terutama apabila membabitkan pelanggan wanita yang tanpa segan silu menuruti permintaan si penjual untuk menari dan berjoget.

Lantaran serbuan oleh pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada malam Sabtu baru-baru ini terbongkarlah kisah bahawa premis itu beroperasi tanpa lesen sah.

Ia disahkan menerusi kenyataan DBKL bahawa premis itu tidak mempunyai lesen sah untuk sebarang kegiatan menjaja, sebaliknya hanya mempunyai lesen hiburan semasa (promosi luar bangunan).

Semakan DBKL juga mendapati kegiatan perniagaan tersebut dikendalikan warga asing tanpa lesen dan permit sah, lalu dikenakan kompaun dan diarah tutup serta-merta di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Malah, DBKL meneruskan operasi khas terhadap premis perniagaan yang dikendalikan warga asing di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan hasilnya 18 premis diarah tutup serta-merta di bawah seksyen sama, termasuk ada yang dikompaun dan disita.

Sebenarnya, isu warga asing menguasai perniagaan malah ada yang beroperasi tanpa lesen di beberapa lokasi di negara ini bukanlah perkara baru, sebaliknya telah berlarutan sekian lama.

Selain Bukit Bintang, beberapa lokasi lain di Kuala Lumpur seperti Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ampang, malah di negeri lain seperti Nilai, Negeri Sembilan; menjadi tumpuan warga asing untuk mencari rezeki dengan berniaga.

Jika berlesen dan betul salurannya tidak mengapa. Yang dikesalkan jika ada warga asing pendatang tanpa izin yang bertindak berani berniaga tanpa bimbangkan risiko diserbu pihak berkuasa.

Kebanyakan warga asing yang berhijrah ke negara ini hanya bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, namun semakin hari perniagaan semakin berkembang, sehingga yang lebih parah mereka pula yang menjadi majikan kepada warga tempatan.

Sektor perniagaan yang paling banyak diteroka mereka ialah tekstil, makanan, perhiasan rumah, elektronik, kedai jahitan, perabot dan permaidani.

Melihatkan penguasaan warga asing dalam sektor pekerjaan dan perniagaan di negara ini dengan nisbah seorang warga asing bagi setiap 10 penduduk tempatan di Malaysia ketika ini sebenarnya membimbangkan.

Menurut laporan oleh Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, awal 2023 bahawa dari 33 juta penduduk Malaysia, 90.2 peratus atau 30.4 juta penduduk adalah warganegara, manakala 8 peratus atau 2.6 juta bukan warganegara.

Dengan jumlah itu, dapat disaksikan penempatan warga asing di seluruh negara semakin meningkat, sekali gus menimbulkan kebimbangan apabila sejumlah besar warga asing yang menyifatkan Malaysia sebagai ‘syurga’ rezeki buat mereka.

Justeru, ia menuntut langkah tuntas dan usaha bersepadu kerajaan untuk menangani isu lambakan warga asing terutama yang masuk secara haram dan tidak berdaftar ini secara menyeluruh dengan kadar segera jika tidak mahu satu hari nanti rakyat hilang hak di negara sendiri.

Banyak implikasi lain yang menyebabkan isu kemasukan dan penguasaan warga asing di negara ini perlu diberi perhatian termasuklah risiko kewujudan penyakit baru, ancaman sosial dan keselamatan serta boleh merugikan negara apabila kekurangan pendapatan akibat pengeluaran wang ke luar yang terlalu besar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >