Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan gencatan senjata konflik Israel-Palestin dijangka di Mesir pada 7 April

Apr 07, 2024 | 06:54 PM



Jaluran Gaza, (Wilayah Palestin): Konflik Israel-Palestin memasuki bulan ketujuh pada 7 April sedang Amerika Syarikat (AS) dan negara yang terlibat dalam perundingan gencatan senjata lain menyertai protagonis di Kaherah dalam usaha untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pembebasan orang tebusan. 

Akhbar dari Mesir, Al-Qahera News menyatakan Pengarah Perisikan Pusat (CIA), Encik William Burns dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Bin Abdulrahman Bin Jassim Al-Thani akan menyertai pengantara Mesir untuk mengadakan perbincangan secara tidak langsung antara delegasi Israel dengan Hamas. 

Hamas mengesahkan menjelang rundingan itu tuntutan terasnya adalah gencatan senjata sepenuhnya di Gaza dan pengunduran tentera Israel. 

Percubaan bagi gencatan senjata timbul selepas tentera Israel membuat pengakuan - sesuatu yang jarang dilakukannya - mengenai kesalahan tindak laku mereka dan berkata ia telah memecat dua pegawai akibat pembunuhan tujuh para pekerja bantuan di Gaza. 

Pengakuann Israel berhubung kematian relawan yang berkhidmat untuk Dapur Pusat Dunia (WCK) yang berpangkalan di AS pada 1 April itu tidak menghambat gesaan bagi siasatan bebas dilaksanakan. 

“Sudah enam bulan ia menjadikan apa sahaja sasarannya,” kata Chef Selebriti Amerika-Sepanyol dan pengasas WCK, Encik Jose Andres kepada ABC News. 

“Pada ketika ini, ia seolah-olah perang terhadap kemanusiaan sendiri.” 

Kematian para pekerja bantuan membawa kepada panggilan telefon nada tegang antara Presiden Amerika Syarikat Encik Joe Biden dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu. 

Encik Biden menggesa “gencatan senjata segera” dan buat kali pertama menunjukkan bahawa sokongan Amerika kepada Israel adalah bersyarat, iaitu jika Israel mengekang pembunuhan orang awam dan memperbaiki keadaan kemanusiaan. 

Konflik Israel-Palestin yang terkini di Gaza tercetus selepas Hamas menyerang Israel pada 7 Oktober, membunuh sekitar 1,200 orang dan menculik sekitar 250 orang sebagai tebusan. Serangan balas Israel ke atas Palestin sejauh ini membunuh lebih 32,000 orang, kebanyakan kanak-kanak dan wanita.

Presiden Isaac Herzog, berkata Israel menghampiri tanda setengah tahun dalam “perang yang sukar dan telah menumpahkan banyak darah” yang bermula dengan “serangan keganasan kejam dan pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan”. 

‘Peluru Kosong ‘


Misi yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mendapat akses ke hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa, yang telah menjadi abu akibat serbuan Israel selama dua minggu. 

Ketua WHO, Encik Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata hospital bandar Gaza itu “kini menjadi sarang kosong dengan kubur manusia”. 

Beliau berkata pasukan itu telah melihat “sekurang-kurangnya lima mayat semasa misi itu”. 

Encik Biden menulis kepada para pemimpin Mesir dan Qatar menjelang rundingan 7 April dan menggesa mereka untuk mendapatkan komitmen daripada Hamas untuk “bersetuju dan mematuhi perjanjian”, kata seorang Pegawai Kanan pentadbiran kepada akhbar AFP. 

Beberapa rundingan yang telah dimulakan dan dihentikan telah dilakukan tanpa kemajuan sejak gencatan senjata selama seminggu pada bulan November. Ia telah menyaksikan beberapa tebusan Israel ditukar dengan tahanan Palestin di Israel.-AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >