Rundingan nuklear antara AS, Iran dijangka berlangsung di Oman 6 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rundingan nuklear antara AS, Iran dijangka berlangsung di Oman 6 Feb

Trump beri amaran ‘perkara buruk’ akan berlaku jika perjanjian tidak dicapai
Feb 4, 2026 | 6:24 PM

Rundingan nuklear antara AS, Iran dijangka berlangsung di Oman 6 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
rundingan nuklear, nuclear, Amerika Syarikat, Iran, oman, donald trump, United States,
Iran berkata ia tidak akan membuat konsesi terhadap program peluru berpandu balistiknya, salah satu daripada tiga syarat yang dituntut oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. - Foto REUTERS

DUBAI: Rundingan nuklear antara Amerika Syarikat dengan Iran dijangka berlangsung di Oman pada 6 Februari, kata seorang diplomat serantau.

Ini sedang konfrontasi mungkin meletus dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengukuhkan kuasa di Timur Tengah.

Encik Trump telah memberi amaran bahawa “perkara buruk” mungkin berlaku jika perjanjian tidak dapat dicapai, meningkatkan tekanan ke atas Iran dalam kebuntuan yang telah membawa kepada ancaman serangan dan menimbulkan kebimbangan peningkatan perang yang lebih luas.

Iran berkata ia tidak akan membuat konsesi terhadap program peluru berpandu balistiknya dalam rundingan mereka.

Menurut wartawan Axios, Encik Barak Ravid, pada 3 Februari, pentadbiran Encik Trump bersetuju dengan permintaan Iran untuk memindahkan rundingan dari Turkey ke Oman.

Beliau menambah rundingan masih berterusan mengenai sama ada negara-negara Arab dan negara-negara Islam dari rantau ini akan turut serta dalam rundingan di Oman.

Sementara itu, tentera Amerika pada 3 Februari telah menembak jatuh sebuah dron Iran yang “secara agresif” menghampiri kapal pengangkut pesawat Abraham Lincoln di Laut Arab, kata tentera Amerika dalam satu kenyataan.

Dalam sidang media di Rumah Putih pada 3 Februari, Encik Trump berkata:

“Kami sedang berunding dengan mereka (Iran) sekarang.”

Tetapi beliau tidak mengulas lanjut dan enggan menyatakan di mana beliau menjangkakan rundingan itu akan berlangsung.

Satu sumber yang biasa dengan situasi itu berkata menantu Encik Trump, Encik Jared Kushner, dijadualkan menyertai rundingan itu, bersama-sama dengan Utusan Khas Amerika, Encik Steve Witkoff, dan Menteri Luar Iran, Encik Abbas Araqchi.

Menteri dari beberapa negara lain termasuk Pakistan, Arab Saudi, Qatar, Mesir dan Amiriah Arab Bersatu juga dijangka hadir, tetapi sumber serantau itu memberitahu Reuters bahawa Teheran kini hanya mahukan rundingan dua hala dengan Amerika.

Pengukuhan tentera laut Amerika dibuat susulan tindakan keras Iran terhadap demonstrasi antipemerintah pada Januari dalam pergolakan domestik paling dahsyat di Iran sejak revolusi 1979.

Encik Trump, yang tidak mengancam untuk campur tangan, sejak itu telah menuntut konsesi nuklear daripada Iran dan menghantar sebuah armada ke perairan laut Iran.

Keutamaan usaha diplomatik adalah untuk mengelakkan konflik dan mengurangkan ketegangan, kata seorang pegawai serantau kepada Reuters sebelum ini.

Kepimpinan Iran semakin bimbang terhadap serangan Amerika yang boleh memecahkan cengkamannya ke atas kuasa, dengan memaksa orang ramai yang sudah berang kembali memprotes di jalanan, menurut enam pegawai semasa dan bekas pegawai Iran. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg