Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan perjanjian tebusan ‘membina tetapi jurang ketara wujud’: Israel

Jan 29, 2024 | 01:08 PM



BAITULMAKDIS: Rundingan perantara perjanjian mengenai tebusan antara Israel dengan Hamas telah diadakan pada 28 Januari dan didapati “membina” tetapi jurang bermakna kekal, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri Israel.


Kenyataan itu berkata sidang kemuncak itu, yang dimulakan oleh Qatar, Amerika Syarikat dan Mesir, telah diadakan di Eropah dan pihak berkenaan akan terus mengadakan perbincangan semasa mesyuarat tambahan yang dirancang berlangsung akhir minggu ini.

“Masih terdapat jurang yang ketara di mana pihak-pihak terlibat akan terus berbincang minggu ini dalam mesyuarat tambahan bersama,” kata kenyataan pejabat Perdana Menteri, Encik Benjamin Netanyahu.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarimat, Encik William Burns, dan ketua perkhidmatan perisikan Mossad Israel, Encik David Barnea, telah bertemu Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani, bersama ketua perisikan Mesir, Encik Abbas Kamel, tambah kenyataan itu.

Pentadbiran Presiden Amerika, Encik Joe Biden, telah cuba memudahkan pembebasan lebih 100 tebusan yang kekal ditawan selepas serangan maut pada 7 Oktober 2023 ke atas selatan Israel oleh Hamas yang memerintah Gaza.

Kira-kira 1,200 orang terbunuh dan sekitar 250 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Ekorannya, Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara dan darat ke atas Gaza dengan tujuan menghapuskan Hamas. Serangan berterusan itu hingga kini telah meragut lebih 26,000 rakyat Palestin, kata pegawai kesihatan Palestin.


Tindakan itu menyebabkan Gaza, yang dikepung Israel, hampir musnah dan menimbulkan krisis kemanusiaan yang serius akibat masalah kekurangan makanan, ketiadaan bekalan air, elektrik dan gas masak.


Jordan dan Jerman turut membincangkan usaha menghentikan perang Israel di Gaza pada 28 Januari. Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, dan rakan sejawatannya dari Jerman, Cik Annalena Baerbock, berbincang di ibu kota Amman sebagai sebahagian daripada lawatan rasmi ke kerajaan itu.

Gencatan senjata kemanusiaan jangka pendek telah dilaksanakan pada November yang menyaksikan lebih 100 tebusan dibebaskan.

Sebagai balasan, Israel membenarkan peningkatan bantuan untuk Gaza dan membebaskan sejumlah tahanan Palestin. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >