Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Runtuhnya bangunan kota bersejarah Marrakesh susuli gempa di Maghribi

Sep 9, 2023 | 7:53 PM
KEMUSNAHAN TIDAK DIJANGKA: Beberapa pekerja membersihkan kesan runtuhan gempa bumi di kota bersejarah Marrakesh.
KEMUSNAHAN TIDAK DIJANGKA: Beberapa pekerja membersihkan kesan runtuhan gempa bumi di kota bersejarah Marrakesh. - Foto REUTERS
RENTASI RUNTUHAN: Seorang belia berjalan di tapak runtuhan gempa bumi yang membuat kesedihan menyelinap di hati.
RENTASI RUNTUHAN: Seorang belia berjalan di tapak runtuhan gempa bumi yang membuat kesedihan menyelinap di hati. - Foto AFP
BERGEGAS MEMBANTU: Beberapa penduduk berkunjung ke Pusat Pemindahan Darah Serantau Marrakesh
BERGEGAS MEMBANTU: Beberapa penduduk berkunjung ke Pusat Pemindahan Darah Serantau Marrakesh -
SUSULI GEMPA: Penduduk berkumpul di dataran di Marrakesh pada Sabtu selepas gempa bumi. kuat yang melanda Maghribi mengorbankan lebih 800 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain.
SUSULI GEMPA: Penduduk berkumpul di dataran di Marrakesh pada Sabtu selepas gempa bumi. kuat yang melanda Maghribi mengorbankan lebih 800 nyawa dan mencederakan ratusan yang lain. - Foto AFP

RABAT: Penduduk kota warisan dan bersejarah Marrakesh di Maghribi sedih melihat beberapa bangunan yang bertahan lama di tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa bersatu (Unesco) runtuh dan musnah dengan penduduk di situ bergegas meninggalkan kediaman mereka ekoran gempa bumi kuat dan mengorbankan sekurang-kurangnya 820 nyawa.

Televisyen setempat menunjukkan runtuhan dari bangunan dan paip yang terbelah menimpa kereta yang diletakkan di situ di samping jalanan yang dikepung sekitar Marrakesh.

Apabila gempa itu melanda sekitar 11.11 malam pada Jumaat, kelihatan ramai yang masih lagi menyelubungi diri mereka dengan selimut sambil cuba melelapkan mata dalam keadaan resah dan takut di tepi jalan.

“Saya baru sahaja pulang ke rumah apabila gempa bumi melanda.

“Kereta saya bergoyang ke depan dan ke belakang tetapi saya tidak dapat bayangkan bahawa sebenarnya wujud gempa bumi. Saya berhenti dan menyedari rupanya kota kami dilanda bencana. Terasa seakan-akan kami ada di tepi sungai dan empangan airnya bocor tiba-tiba. Ada yang menangis. Ada yang terpekik. Perit melalui semua ini,” kata Encik Fayssal Badour dari Marrakesh.

Pusat PemindahanDarah Serantau Marrakesh melancarkan permohonan darurat bagi orang ramai tampil menderma darah bagi menyokong mangsa gempa yang meragut nyawa itu.

Pusat tersebut juga menekankan agar ia berusaha menyediakan sumber logistik dan sumber insan bagi memastikan kerjasama dapat dilancarkan dalam membantu operasi ini.

Kemudahan jagaan kesihatan di kota Marrakesh termasuk Hospital Mohammed VI juga dikerahkan bagi menyediakan semua jagaan perubatan yang perlu untuk penduduk yang cedera.

Sementara itu, di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) di New Delhi, India, pemimpin negara turut merakam takziah kepada Maghribi.

Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, sewaktu merasmikan sidang tersebut berkata:

“Kami berdoa agar semua yang cedera akan pulih. Seluruh dunia bersama Maghribi dalam tempoh sukar ini dan kami bersedia menyediakan segala bantuan yang diperlukan.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg