Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia bimbang penangkapan pengasas Telegram jejas sumber maklumat utama

Sep 1, 2024 | 4:01 PM
Moscow kini bimbang dengan nasib Telegram dan pengasasnya yang berasal dari Russia, Durov, yang didakwa pada akhir Ogos kerana gagal mengekang kandungan pelampau dan haram di platform itu.
Moscow kini bimbang dengan nasib Telegram dan pengasasnya yang berasal dari Russia, Durov, yang didakwa pada akhir Ogos kerana gagal mengekang kandungan pelampau dan haram di platform itu. - Foto REUTERS

MOSCOW: Tindakan Perancis menangkap ketua Telegram, Pavel Durov, menimbulkan kebimbangan di Russia bahawa aplikasi pemesejan popular itu – digunakan oleh Kremlin dan penentangnya – boleh disekat, sekali gus menghalang mereka daripada salah satu sumber terakhir berita kritikal dan tidak ditapis.

Sejak permulaan serangannya di Ukraine pada Februari 2022, Russia bertindak keras terhadap perbezaan pendapat dan bantahan, membuat rakyat Russia ketiadaan saluran berita bebas atau akses kepada media sosial Barat seperti Facebook, Instagram dan platform media sosial X.

Dalam keadaan itu, Telegram – yang disekat buat masa tertentu oleh Kremlin kerana enggan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang Russia – menjadi salah satu benteng terakhir kebebasan bersuara dan maklumat yang tidak ditapis.

Moscow kini bimbang mengenai nasib aplikasi pemesejan itu dan pengasasnya yang berasal dari Russia, Durov, yang didakwa pada akhir Ogos kerana gagal mengekang kandungan pelampau dan haram di platform itu.

Walaupun telah dibebaskan dengan ikat jamin, beliau tidak boleh meninggalkan Perancis dan Kremlin telah memberi amaran kepada Perancis supaya tidak mengubah kes terhadapnya “menjadi penganiayaan politik”.

Penangkapan Durov bukanlah satu-satunya masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan milik persendirian itu.

Suruhanjaya Eropah juga sedang menyiasat sama ada Telegram mempunyai lebih ramai pengguna EU daripada yang didakwa dan oleh itu mesti mematuhi peraturan lebih ketat.

Di Russia, saluran Telegram secara meluas meliputi perkara yang ditapis dengan ketat dalam media milik pemerintah.

Itu termasuk segala-galanya daripada laporan barisan hadapan konflik di Ukraine kepada perbicaraan pengkritik Kremlin dan manifesto yang dihantar oleh tahanan politik.

Kremlin, kementerian pemerintah dan gabenor wilayah juga menggunakan Telegram sebagai alat komunikasi awam mereka.

“Telegram ialah perkhidmatan pemesejan sangat praktikal dan boleh dipercayai bagi semua rakyat Russia, tanpa mengira pendapat politik mereka,” kata Encik Alexei Venediktov, ketua stesen radio Echo of Moscow, yang disekat di Russia selepas kritikannya terhadap serangan Ukraine.

Perkhidmatan pemesejan itu “dianggap bebas daripada negara Russia”, wartawan veteran itu memberitahu AFP.

“Menyekat Telegram akan sama dengan “satu tindakan penapisan,” katanya.

Populariti Telegram telah berkembang secara berterusan di Russia sepanjang konflik Ukraine, selepas Moscow menyekat akses kepada Instagram, Facebook dan X, serta laman web beberapa saluran media pembangkang.

Ia adalah perkhidmatan dalam talian keempat paling popular, mendahului YouTube dan rangkaian sosial Russia VKontakte, menurut kajian oleh kumpulan penyelidikan media Russia Mediascope.

Ia juga sangat tertumpu kepada berita. Dua pertiga daripada pembaca Russianya lebih suka mengikuti saluran politik dan berita, dengan hanya 6 peratus lebih suka hiburan atau pawagam, contohnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg