Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Russia dakwa bunuh ratusan tentera, gagalkan serangan Ukraine

Jun 5, 2023 | 3:07 PM
KENDERAAN PERISAI: Kawasan sempadan Ukraine-Russia dilaporkan berlaku pertempuran Russia ke atas Ukraine, di wilayah Kharkiv, Ukraine, pada 4 Jun.
KENDERAAN PERISAI: Kawasan sempadan Ukraine-Russia dilaporkan berlaku pertempuran Russia ke atas Ukraine, di wilayah Kharkiv, Ukraine, pada 4 Jun. - Foto REUTERS

MOSCOW: Serangan besar-besaran Ukraine di wilayah selatan Ukraine, Donetsk, telah digagalkan oleh tentera Russia yang mendakwa telah membunuh ratusan tentera pro-Kyiv.

Dalam satu kenyataan Kementerian Pertahanan di Moscow, dilaporkan bahawa Ukraine telah melancarkan serangan pada Ahad menggunakan enam batalion jentera dan dua kereta kebal.

“Pada pagi 4 Jun, musuh melancarkan serangan besar-besaran di lima sektor hadapan ke arah selatan Donetsk,” kata kementerian tersebut dalam aplikasi Telegram.

Namun agensi beriita Reuters tidak dapat mengesahkan kenyataan Kementerian Pertahanan Russia itu.

Ukraine juga tidak memberikan komen mengenai laporan tersebut.

Tidak pasti sama ada serangan yang dilaporkan itu adalah permulaan serangan balas Ukraine yang sudah lama dijangka, untuk menawan semula beberapa wilayah yang diambil tentera Russia selepas pencerobohan pada Februari 2022.

“Matlamat musuh adalah untuk menembusi pertahanan kami yang paling terdedah, yang pada pandangannya, sektor di hadapan. Musuh tidak mencapai matlamatnya, ia tidak berjaya,” kata Kementerian Pertahanan Russia.

Kementerian itu juga mengeluarkan video, mengenai apa yang dikatakan menunjukkan beberapa kenderaan perisai Ukraine di lapangan, meletup selepas dipintas.

Kementerian itu berkata, tentera Russia membunuh 250 tentera Ukraine dan memusnahkan 16 kereta kebal, kenderaan tempur infantri dan 21 kenderaan tempur berperisai.

Ukraine sejak beberapa minggu lalu berusaha untuk melemahkan kedudukan Russia.

Akhir bulan lalu, seorang pegawai kanan berkata, operasi awal seperti memusnahkan talian bekalan atau meletupkan depoh sudah pun bermula.

Serangan dron menyebabkan kemudahan tenaga terbakar di wilayah Belgorod, Russia pada awal pagi Isnin, kata gabenor wilayah itu.

Wilayah itu bersempadan dengan Ukraine dan kerap dibedil sejak beberapa minggu lalu. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg