Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Russia gagalkan serangan kumpulan nasionalis Ukraine

May 24, 2023 | 04:58 PM



MOSCOW - Tentera Russia mendakwa telah mematahkan serangan kumpulan militan Ukraine ke atas sebuah wilayah perbatasan Russia dengan menggunakan kereta berperisai.

Ia mengakibatkan lebih 70 nasionalis Ukraine terbunuh dan memaksa saki-baki mereka berundur semula ke Ukraine.

Disifatkan sebagai satu pencerobohan terbesar oleh Ukraine sejak perang bermula 15 bulan lalu, dua kumpulan yang dikatakan anti-Kremlin, yang menggunakan pangkalan Russia di luar negara, berkata mereka bertanggungjawab terhadap serangan yang dilancarkan di rantau Belgorod di Russia itu.

Kementerian Pertahanan Russia, yang menuding pihak berkuasa Ukraine, berkata tenteranya telah mengepung musuh pejuang itu dan menewaskan mereka dengan “serangan udara, tembakan meriam dan tindakan unit-unit di perbatasan.”

Katanya lagi, lebih 70 pejuang Ukraine terbunuh dan empat kereta berperisai serta lima truk pengangkut dimusnahkan.

“Saki-baki pejuang nasionalis itu telah berundur semula ke wilayah Ukraine, dan mereka terus diasak dengan tembakan sehingga mereka lesap sama sekali,” kata kementerian itu.

Gabenor wilayah Belgorod, Encik Vyacheslav Gladkov, berkata seorang awam dibunuh oleh “tentera Ukraine itu.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sejurus selepas tengah malam, sebaik saja pihak tentera mengumumkan tamatnya kejadian pencerobohan itu, Encik Gladkov melaporkan satu kejadian baru pula, iaitu sebutir bahan letupan digugurkan dari sebuah dron.

Beliau berkata di laman Telegram bahawa tiada sebarang kecederaan dilaporkan, sambil memuatkan foto menunjukkan sebuah kereta telah musnah. Dron itu kemudian ditembak jatuh, ujarnya.

Salah satu daripada dua kumpulan yang bertelagah itu - Pasukan Sukarelawan Russia (RVC) - berkata melalui media sosial bahawa “satu hari nanti kita akan datang lagi dan kekal di situ.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, kumpulan itu berkata mereka tidak mengalami sebarang kekalahan dalam serangan itu.

Kumpulan kedua pula, Pasukan Pembebasan Russia, berkata mereka telah dapat melumpuhkan sepasukan tentera Russia yang berkenderaan motor, dan telah memusnahkan kenderaan mereka.

“Tentera Russia tidak mendakwa mencapai sebarang kemenangan dalam beberapa hari ini,” katanya di laman media sosial. “Semasa mereka bersembunyi dalam semak seperti pengecut, kami mara ke arah matlamat kami - membebaskan Russia sepenuhnya.”

Tiada kaitannya dengan kami, kata Ukraine


Pemerintah Ukraine berkata pihaknya melihat sahaja keadaan itu, tetapi ia “tidak ada kaitan dengan kami.”

Ia sama dengan apa yang dikatakan pada Mac lalu, apabila salah satu daripada kumpulan itu - yang menurut Moscow dianggotai ekstrimis sayap kanan Russia, diuruskan oleh perisik Ukraine - melancarkan serangan ke atas satu lagi daerah di perbatasan.

Mantan presiden, Encik Dmitry Medvedev, kini selaku timbalan pengerusi Majlis Keselamatan Russia, berkata penafian Kyiv itu adalah satu “pembohongan,” dan mereka yang melakukan serangan itu harus dimusnahkan “seperti tikus.”

Gabenor Gladkov berkata, beliau telah membatalkan “operasi menentang keganasan,” yang sejak Isnin telah membolehkan pihak berkuasa perkenalkan sekatan terhadap pergerakan pembebasan dan komunikasi.

Beliau berkata pasukan keselamatan masih menjalankan operasi membersihkan mereka.

Seorang wanita tua meninggal semasa dipindahkan, dan tiga mengalami kecederaan. Beliau tidak memberi butir lanjut tentang orang awam yang terbunuh itu. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >